Antarabangsa
Gen ‘gay’ tidak wujud – Pengkaji genetik
Kajian terbesar setakat ini mendedahkan terdapat lima penanda DNA pada genom manusia yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku seksual sejenis, namun tiada satu pun tanda-tanda itu meyakinkan bagi meramalkan seksualiti seseorang dengan tepat.

- Kajian terbesar setakat ini mendedahkan terdapat lima penanda DNA pada genom manusia yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku seksual sejenis.
- Namun kajian daripada pengkaji genetik mendapati tiada satu pun tanda-tanda itu meyakinkan bagi meramalkan seksualiti seseorang dengan tepat.
- “Tidak ada ‘gen gay’,” kata ahli genetik di Broad Institute of MIT dan Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, Andrea Ganna.
- Analisis kajian Ganna dan rakan-rakannya mendapati sebanyak 25 peratus tingkah laku seksual dapat dijelaskan daripada genetik dengan selebihnya dipengaruhi faktor persekitaran dan budaya.
- Ahli sosiologi Universiti Oxford, United Kingdom (UK), Melinda Mills berkata kajian itu merupakan kajian yang kukuh.
Kajian terbesar setakat ini mendedahkan terdapat lima penanda DNA pada genom manusia yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku seksual sejenis, namun tiada satu pun tanda-tanda itu meyakinkan bagi meramalkan seksualiti seseorang dengan tepat.
Menurut kajian diterbitkan pada 29 Ogos 2019 dalam jurnal penyelidikan ‘Science’, membabitkan genom daripada hampir 500,000 individu, menyokong keputusan awal dalam kajian kecil sebelum itu selain mengesahkan syak wasangka saintis bahawa ketika ciri-ciri seksual mempunyai komponen genetik, tiada satu pun gen mempunyai kesan besar terhadap tingkah laku seksual.
“Tidak ada ‘gen gay’,” kata ahli genetik di Broad Institute of MIT dan Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, Andrea Ganna dipetik portal nature.com.
Ganna dan rakan-rakannya juga menggunakan analisis untuk menganggarkan bahawa 25 peratus tingkah laku seksual boleh dijelaskan daripada genetik, dengan selebihnya dipengaruhi faktor persekitaran dan budaya, angka sama berdasarkan kajian lebih kecil.
“Ini adalah kajian kukuh,” kata ahli sosiologi Universiti Oxford, United Kingdom (UK), Melinda Mills, yang mengkaji genetik asas tingkah laku reproduktif
Bagaimanapun, beliau memberi amaran keputusan kajian itu berkemungkinan tidak mewakili populasi keseluruhan
Sebahagian besar gen datang daripada program penyelidikan BioBank UK dan syarikat genetik 23andMe yang berpangkalan di Mountain View, California.
Kebanyakan individu menyumbang kepada pangkalan data itu adalah berketurunan Eropah dan terdiri daripada golongan lebih tua.
Pengkaji juga menyatakan mereka mengikuti konvensyen bagi menganalisis genetik dengan menggugurkan individu yang mempunyai jantina mengikut biologi dan jantina yang dikenal pasti tidak sepadan. Hasilnya, kajian itu tidak termasuk minoriti seksual dan jantina (komuniti LGBTQ) seperti transgender dan ‘intersex’.
Sumber: nature.com
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah