Connect with us

Terkini

DAP ‘anti-Islam’, tidak layak bawa naratif Melayu Islam – GTA

Pemuda Gerakan Tanah Air (GTA) mendakwa DAP Perak sudah hilang sokongan sehingga menggunakan wajah-wajah Melayu Islam sebagai naratif baharu untuk menarik sokongan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

DAP 'anti-Islam', tidak layak bawa naratif Melayu Islam - GTA
Foto: Pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming dan Naib Ketua Pemuda GTA, Fahmi Bazlan Muda.
  • Pemuda GTA mendakwa DAP Perak sudah hilang sokongan sehingga guna wajah-wajah Melayu Islam sebagai naratif baharu menarik sokongan.
  • “Mereka adalah ‘anti-Islam’ dan sangat rasis. Di sisi umat Islam angka 313 ini adalah sandaran kepada tentera Islam dalam Perang Badar,” – Naib Ketua Pemuda GTA, Fahmi Bazlan Muda.
  • Kor Ming(Pengerusi DAP Perak) tidak layak dan tidak sepatutnya bawa naratif Melayu Islam kerana ia dapat membangkitkan kemarahan Melayu Islam.
  • “Ini adalah satu lagi provokatif yang sengaja dilakukan. Ia memberi isyarat bahawa parti ini (DAP) perlu ditolak habis-habisan dalam PRU15 akan datang,”

SHAH ALAM – Pemuda Gerakan Tanah Air (GTA) mendakwa DAP Perak sudah hilang sokongan sehingga menggunakan wajah-wajah Melayu Islam sebagai naratif baharu untuk menarik sokongan.

Naib Ketua Pemuda GTA, Fahmi Bazlan Muda berkata, pemimpin parti DAP negeri itu tidak layak malah parti itu tidak sepatutnya cuba membawa naratif perjuangan Islam dalam parti berkenaan.

“DAP melalui (Pengerusi DAP Perak) Ngar Kor Ming menggunakan angka 313 dan juga wajah-wajah Melayu Islam sebagai naratif baharu untuk menarik sokongan terhadap parti itu.

“DAP kini sudah hilang sokongan dan untuk mengembalikan sokongan itu mereka dilihat cuba membawa naratif perjuangan Islam tetapi mereka tidak layak.

“Mereka adalah ‘anti-Islam’ dan sangat rasis. Di sisi umat Islam angka 313 ini adalah sandaran kepada tentera Islam dalam Perang Badar,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Perak melancarkan penubuhan cawangannya di Parlimen Parit dan mencatat rekod sebagai cawangan DAP paling ramai ahli Melayu di Perak.

Calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Tarmizi Mohd Jam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja cawangan itu.

Kor Ming dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 313 permohonan untuk menjadi ahli cawangan itu telah diterima.

Menurutnya, penubuhan DAP di Parlimen Parit merupakan satu sejarah kerana Parit merupakan kawasan hampir seratus peratus orang Melayu.

Dalam pada itu, Fahmi Bazlan berkata, Kor Ming tidak layak dan tidak sepatutnya membawa naratif Melayu Islam kerana ia dapat membangkitkan kemarahan Melayu Islam.

“Ini adalah satu lagi provokatif yang sengaja dilakukan. Ia memberi isyarat bahawa parti ini (DAP) perlu ditolak habis-habisan dalam PRU15 akan datang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *