Connect with us

Antarabangsa

China lakukan genosid, PBB perlu resolusi kutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur

Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.

Wartawan TMT

Published

on

China lakukan genosid, PBB perlu resolusi kutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur
  • Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan laporan yang mengatakan dasar Kerajaan China “mungkin merupakan jenayah antarabangsa, khususnya jenayah terhadap kemanusiaan”.
  • “Tragedi sebenar semua ini ialah Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah gagal untuk menegakkan misi asasnya iaitu untuk melindungi hak asasi manusia,” kata pakar China di Institut Teknologi Rose-Hulman, Timothy Grose.
  • PBB boleh mengundi resolusi untuk secara rasmi mengutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur.
  • Tetapi mereka mungkin tidak mempunyai cukup undi untuk meluluskannya susulan China mempunyai sekutu dalam majlis itu dan negara itu sendiri adalah ahlinya.

Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.

Tiga tahun lalu, kertas didedahkan dari dalam Kerajaan China membuktikan dakwaan etnik Uyghur terhadap sistem penahanan besar-besaran dilakukan pihak kerajaan.

Dua tahun lalu, pakar menunjukkan China juga menjadikan etnik Uyghur sebagai buruh paksa dan menjalani pensterilan paksa.

Setahun lalu, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan krisis itu sebagai genosid (pembunuhan beramai-ramai).

Presiden Joe Biden juga menandatangani Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur, yang meletakkan tanggungjawab kepada pengimport untuk menunjukkan bahawa rantaian bekalan produk bebas daripada buruh paksa, menjadi undang-undang.

Kini, akhirnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan laporan yang mengatakan dasar Kerajaan China “mungkin merupakan jenayah antarabangsa, khususnya jenayah terhadap kemanusiaan”.

Laporan itu tidak menokok tambah perkara baru terhadap apa yang telah diketahui mengenai krisis itu, yang diabaikan untuk memanggil krisis sebagai genosid dan beberapa pakar mengatakan wujudnya tekanan yang luar biasa daripada Beijing.

Advertisement

“Ia terlalu sedikit, sudah terlambat,” kata pakar China di Institut Teknologi Rose-Hulman, Timothy Grose dipetik Vox News. 

“Tragedi sebenar semua ini ialah Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah gagal untuk menegakkan misi asasnya iaitu untuk melindungi hak asasi manusia,” katanya. 

Masih ada peluang untuk Majlis Hak Asasi Manusia untuk menebus kembali dirinya. Di ​​Geneva, di mana ia sedang bermesyuarat selama hampir sebulan perbahasan, ia boleh mengundi resolusi untuk secara rasmi mengutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur.

Sekumpulan negara demokrasi dilaporkan sedang berusaha keras ke arah resolusi sedemikian. Tetapi mereka mungkin tidak mempunyai cukup undi untuk meluluskannya susulan China mempunyai sekutu dalam majlis itu dan negara itu sendiri adalah ahli. 

Sumber: Vox

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending