Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi dahului negara arab lain dalam pemilikan jumlah rizab emas

Menurut statistik dikeluarkan Majlis Emas Dunia, Arab Saudi mendahului negara-negara di dunia Arab dari segi jumlah rizab emas (323.1 tan) yang merupakan hanya 3.8 peratus daripada jumlah rizab aset asingnya, meletakkan negara itu pada tangga ke-18 di peringkat global. 

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi dahului negara arab lain dalam pemilikan jumlah rizab emas
  • Arab Saudi mendahului negara-negara di dunia Arab dari segi jumlah rizab emas (323.1 tan) yang merupakan hanya 3.8 peratus daripada jumlah rizab aset asingnya yang meletakkan negara itu pada tangga ke-18 dunia.
  • Lubnan di tempat kedua di dunia Arab dan di kedudukan ke-20 dunia dengan rizab 286.8 tan emas pada akhir Julai, bersamaan dengan 50.3 peratus daripada rizab aset asing negara itu.
  • Kuwait menduduki tempat ketujuh dalam rizab emas di dunia Arab dan tangga kedua di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dari segi rizab emas.

KUWAIT – Menurut statistik dikeluarkan Majlis Emas Dunia, Arab Saudi mendahului negara-negara di dunia Arab dari segi jumlah rizab emas (323.1 tan) yang merupakan hanya 3.8 peratus daripada jumlah rizab aset asingnya, meletakkan negara itu pada tangga ke-18 di peringkat global. 

Ia diikuti Lubnan di tempat kedua di dalam kalangan negara Arab dan ke-20 di tangga dunia dengan rizab 286.8 tan emas pada akhir Julai iaitu bersamaan dengan 50.3 peratus daripada rizab aset asing Lubnan. 

Dalam pada itu, Algeria menduduki tempat ketiga di dunia Arab dengan 173.6 tan emas mewakili 16 peratus daripada rizab yang menduduki tempat ke-26 di dunia, diikuti Iraq di tempat keempat dengan 130.4 tan emas yang mewakili 9.5 peratus daripada rizab emas keseluruhan, dengan kedudukan di tangga ke-30 dunia.

Kuwait menduduki tempat ke tujuh dalam rizab emas di dunia Arab dan di tangga kedua dalam kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dari segi rizab emas bank pusat dengan kira-kira 79 tan rizab emas pada akhir Julai lalu. 

Arab Times yang memetik laporan akhbar harian Kuwait, Al-Rai berkata, jumlah itu mewakili 8.7 peratus daripada jumlah rizab emas keseluruhan.

Sumber: Arab Times Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending