Antarabangsa
Akhirnya angkasawan wanita dari Arab Saudi!
Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi telah melancarkan program angkasawan pertamanya pada Khamis dengan sasaran untuk menghantar wanita pertama ke angkasa lepas pada tahun 2023.

- Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi telah melancarkan program angkasawan pertamanya pada Khamis dengan sasaran untuk menghantar wanita pertama ke angkasa lepas pada tahun 2023.
- Program itu akan membolehkan angkasawan negara tersebut untuk menjalankan eksperimen dan penyelidikan saintifik untuk kebaikan manusia dalam bidang seperti kesihatan, kelestarian dan teknologi angkasa lepas.
- Salah seorang angkasawan itu ialah wanita Arab Saudi dan dia akan terpahat dalam sejarah sebagai golongan Hawa dari negara berkenaan bakal berada di angkasa lepas.
RIYADH – Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi telah melancarkan program angkasawan pertamanya pada Khamis dengan sasaran untuk menghantar wanita pertama ke angkasa lepas pada tahun 2023.
Program itu akan membolehkan angkasawan negara tersebut untuk menjalankan eksperimen dan penyelidikan saintifik untuk kebaikan manusia dalam bidang seperti kesihatan, kelestarian dan teknologi angkasa lepas.
Ia juga merupakan sebahagian daripada Wawasan 2030 kerajaan negara tersebut yang mahu menghantar angkasawan Arab Saudi ke angkasa lepas.
Salah seorang angkasawan itu ialah wanita Arab Saudi dan dia akan terpahat dalam sejarah sebagai golongan Hawa dari negara berkenaan bakal berada di angkasa lepas.
Namun, setakat ini identiti wanita tersebut masih belum didedahkan lagi.
Dalam beberapa bulan akan datang, negara berkenaan merancang untuk melancarkan Strategi Angkasa Lepas yang akan mendedahkan program-program dan inisiatif angkasa lepasnya kepada umum. – Agensi
Sumber: Sinar Harian
