Terkini
Ahli MUDA nafi bahawa parti itu tidak boleh menerima kritikan mahupun bersuara
Ketua Perhubungan Media Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Leben Siddarth menafikan dakwaan bahawa ahli parti itu tidak boleh menerima kritikan atau bersuara malah sentiasa membuka ruang dan peluang terhadap pandangan setiap ahli.

- Ahli MUDA Leben Siddarth menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak boleh menerima kritikan daripada ahli mereka.
- Segala kritikan dan pandangan yang dibawa ahli akan diambil secara teliti dan setiap pandangan itu akan didengar.
- “‘We always open for criticism’, kami percaya bahawa adanya kritikan dan pandangan daripada ahli menjadikan MUDA lebih berkembang,” – Ahli MUDA.
KUALA LUMPUR – Ketua Perhubungan Media Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Leben Siddarth menafikan dakwaan bahawa ahli parti itu tidak boleh menerima kritikan atau bersuara malah sentiasa membuka ruang dan peluang terhadap pandangan setiap ahli.
“Itu tidak benar, saya sudah bersama parti MUDA selama dua tahun dan saya tidak pernah melihat keadaan seperti itu terjadi, parti kami terdiri daripada kalangan profesional muda ada di antaranya tidak mempunyai latar belakang politik dan pastinya mereka mempunyai banyak idea setiap yang dibincangkan mereka berhak untuk setuju atau tidak bersetuju.
“‘We always open for criticism’, kami percaya bahawa adanya kritikan dan pandangan daripada ahli menjadikan MUDA lebih berkembang,” katanya kepada The Merdeka Times.
Beliau berkata MUDA sentiasa mengamalkan komunikasi dua hala antara ahlinya dan setiap keputusan akan diambil bukan secara individu ‘preference’ malah merangkumi semua aspek perbincangan.
“Bermula daripada ahli yang bawah sehingga ahli tertinggi parti, kami sentiasa berkongsi dan bertukar idea,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyangkal bahawa sekiranya ada ahli yang lebih ‘outspoken’ atau bersuara dalam menyatakan pandangan dan pendirian mereka, ahli itu dikatakan akan disingkirkan menerusi WhatsApp ‘group’.
“Sebenarnya segala kritikan dan pandangan yang dibawa ahli akan diambil secara teliti dan kami akan mendengar setiap pandangan itu, kami tidak akan ‘terminate’ sesiapa ahli melainkan pilihan ahli tersebut.
“Tapi sekiranya ada dakwaan di media sosial seperti ‘troll’ (hasut maya) yang berkata sedemikian kami tidak mampu mengawalnya,” katanya.
Sebelum ini, tular di Twitter apabila terdapat bekas ahli MUDA yang dipelopori Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang kritikan mahupun bersuara dalam parti tersebut.
Ini berikutan, sebarang kritikan yang dikemukakan akan menyebabkan ahli tersebut berhadapan dengan hukuman sama ada ‘diblock’, ‘dikick’ ataupun ‘diremove’ daripada parti tersebut.
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah