Terkini
[VIDEO] ‘Dalam MUDA mulut kena kunci atau berisiko dibuang parti,’ – bekas ahli MUDA
Tular di Twitter apabila terdapat bekas ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dipelopori Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang kritikan mahupun bersuara dalam parti tersebut.

- Tular di Twitter apabila terdapat bekas ahli MUDA yang dipelopori Syed Saddiq mendakwa mereka tidak boleh buat sebarang kritikan mahupun bersuara dalam parti tersebut.
- Kritikan akan menyebabkan ahli berhadapan hukuman sama ada ‘diblock’, ‘dikick’ ataupun ‘diremove’ daripada parti tersebut.
- Pengguna Twitter mengkritik parti politik itu dengan menyifatkannya seolah satu kumpulan anak orang kaya yang tidak boleh ‘diusik’.
- Netizen mengatakan MUDA sepatutnya terima teguran dan pandangan orang ramai.
KUALA LUMPUR – Tular di Twitter apabila terdapat bekas ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dipelopori Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang kritikan mahupun bersuara dalam parti tersebut.
Ini berikutan, sebarang kritikan yang dikemukakan akan menyebabkan ahli tersebut berhadapan dengan hukuman sama ada ‘diblock’, ‘dikick’ ataupun ‘diremove’ daripada parti tersebut.
Seorang pengguna Twitter yang mengakui bahawa dia merupakan bekas Ketua Mahasiswa MUDA Pahang mendakwa ahli MUDA Pahang tidak dibenarkan mengkritik di media sosial bahkan jika mengkritik dalam mesyuarat dalam talian akan ‘dimute’ dan ‘dikick’.
Katanya, “Kalau tanya soalan dalam Whatsapp group pun kena remove. Realiti.”
Ciapan pengguna Twitter lain yang turut mengaku dia adalah bekas Ketua Parlimen MUDA Sungai Buloh berkata, “Dalam MUDA mulut kena dikunci. Kalau MUDA Selangor lagi la, you jadi outspoken sikit, terus pengerusi susun papan nak eliminate kau senyap-senyap. Begitulah realiti.”
Dalam pada itu terdapat pengguna Twitter yang turut sama mengkritik parti politik tersebut dengan menyifatkan parti tersebut seolah satu kumpulan anak orang kaya yang tidak boleh ‘diusik’.
Ciapan lain dari pengguna Twitter yang berbeza, “Dapat peringatan supaya tidak mengkritik MUDA di media sosial. Hebat parti 1 kerusi parlimen dan 1 kerusi DUN.”
Susulan pendedahan itu, netizen mengatakan bahawa MUDA sepatutnya menerima teguran dan pandangan orang ramai. – The Merdeka Times
