Connect with us

Terkini

Zamri Vinoth, mengaku tidak bersalah pukul dan ugut bunuh wanita

Seorang penceramah bebas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar hari ini atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

gavel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kangar atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu. 
  • Suspek didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.
  • Mengikut pertuduhan pertama,  suspek didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
  • Pertuduhan kedua pula, suspek didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
  • Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes.

KANGAR: Seorang penceramah bebas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali, lapor Astro Awani pada Selasa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa iaitu wanita berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.

Perbuatan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

Bagi pertuduhan ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dimana memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail manakala Muhammad Zamri diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Muhammad Zamri diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Bagaimanapun menurut sumber The Merdeka Times,mangsa telah menarik balik laporan polis pada minggu lepas.

Sumber : Astro Awani

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending