Connect with us

Terkini

Video Bella dirakam untuk diberi pada Syed Azmi – Saksi

Saksi pertama yang juga rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengatakan bahawa beliau merakam video kecederaan yang dialami Bella sebagai bahan bukti untuk diberikan kepada individu dikenali Syed Azmi.

Wartawan TMT

Published

on

Video Bella dirakam untuk diberi pada Syed Azmi - Saksi
Foto: Siti Bainun Ahd Razali (kiri).
  • Saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin mengakui perkara itu ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes wanita itu hari ini.
  • Tujuan video diambil untuk meyakinkan Syed Azmi terdapat penderaan ke atas Bella  yang juga merupakan remaja Sindrom Down.
  • Hafidzah mempersoalkan tindakan saksi itu hantar video tersebut kepada individu lain namun saksi berkata beliau mengalami trauma melihat keadaan Bella dan memerlukan sokongan emosi dan tidak tahu apa patut dibuat selepas kejadian.
  • Zurainty turut tidak bersetuju cadangan peguam bahawa tindakannya menyelamatkan Bella kerana mahu mengambil alih pengurusan Rumah Bonda.
  • Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 14 September depan.

KUALA LUMPUR: Saksi pertama yang juga rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengatakan bahawa beliau merakam video kecederaan yang dialami Bella sebagai bahan bukti untuk diberikan kepada individu dikenali Syed Azmi.

Kenyataan itu dikeluarkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, 39, mengakui perkara itu ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya Bella, 13.

Saksi pendakwaan pertama itu dipanggil sekali lagi ke mahkamah bagi memberi keterangan untuk pemeriksaan semula dan pemeriksaan balas daripada pihak pendakwaan serta pembelaan.

Menurut Zurianty, tujuan video diambil untuk meyakinkan Syed Azmi terdapat penderaan ke atas Bella  yang juga merupakan remaja Sindrom Down.

Terdahulu, rakaman video Bella yang ditemui di sebuah kondominium disiarkan di mahkamah hari ini, dengan Zurianty yang berada di kandang saksi kelihatan sebak sewaktu menontonnya.

Saksi itu mengesahkan video disiarkan berkenaan antara video yang diserahkan kepada polis.

Advertisement

Ditanya mengenai tindakannya menangis di dalam video selepas melihat keadaan Bella bagi meyakinkan Syed Azmi, Zurianty bagaimanapun menafikannya.

Namun, saksi itu mengesahkan individu pertama yang menerima video berkenaan adalah Syed Azmi, sebelum diberikan kepada ahli keluarga, rakan dan beberapa individu lain seperti dinyatakan dalam keterangan sebelum ini.

Hafidzah kemudian mempersoalkan tindakannya menghantar video berkenaan kepada individu lain kerana tujuan asal rakaman dibuat untuk diberikan kepada Syed Azmi, namun saksi itu menjelaskan bahawa beliau mengalami trauma selepas melihat keadaan Bella.

“Saya hubungi kawan-kawan lain untuk mendapatkan sokongan emosi dan apa patut saya buat. Saya dah ‘blank’ (buntut) tapi saya tahu saya perlu bertindak untuk bantu siasatan,” katanya. 

Dalam prosiding April lalu, saksi itu dalam keterangannya mengakui beliau mengambil video Bella di kondominium berkenaan pada Jun tahun lalu, namun menafikan ia untuk dibocorkan dan disebarkan dalam media sosial selain bagi mendapatkan perhatian umum.

Dalam pada itu, Zurainty turut tidak bersetuju cadangan peguam bahawa tindakannya menyelamatkan Bella kerana mahu mengambil alih pengurusan Rumah Bonda.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 14 September depan.

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending