Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Barat makin berani suntik unsur LGBT dalam filem kanak-kanak

Siri filem animasi barat berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous yang ditayangkan di rancangan Netflix telah memaparkan babak sensitif yang tidak seharusnya dipertontonkan kepada kanak-kanak. 

Wartawan TMT

Published

on

Barat makin berani suntik unsur LGBT dalam filem kanak-kanak
Foto: Siri Netflix, Camp Cretaceous.

KUALA LUMPUR : Siri filem animasi barat berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous yang ditayangkan di rancangan Netflix telah memaparkan babak sensitif yang tidak seharusnya dipertontonkan kepada kanak-kanak. 

Babak tersebut mempamerkan idea ‘homoseksual’ yang dibawa oleh watak Yaz yang mula mengakui perasaanya terhadap seorang gadis lain, Sammy.

Rancangan itu juga tidak meletakkan filem animasi itu di bawah bahagian kandungan matang. 

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur tidak dapat mengakses kandungan  yang tidak sesuai kerajaan bersama institusi keagamaan akan terus berusaha mengekang elemen gaya hidup, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosi melalui filem dan media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@merdekatimes_)

Advertisement

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending