Connect with us

Antarabangsa

‘Tahi bintang’ melintasi ruang udara Malaysia, rupanya serpihan roket milik China

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia yang dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Wartawan TMT

Published

on

roket milik china jatuh di perairan malaysia
Foto: Sumber Reuters.
  • Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia.
  • Pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan melintasi ruang udara sekitar Sarawak.
  • Sisa serpihan itu telah direkodkan jatuh sekitar Laut Sulu.
  • Rakaman video serpihan roket yang tular di media sosial sudah mencecah dua juta tontonan.

SHAH ALAM – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia yang dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, MYSA memaklumkan kemasukan semula serpihan roket itu ke ruang udara bumi dikesan berlaku pada jam 12.55 pagi tadi waktu Malaysia.

“Serpihan roket berkenaan telah terbakar memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak.

“Sisa serpihan itu telah direkodkan jatuh sekitar Laut Sulu pada kedudukan latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur,” menurut kenyataan itu.

Pada Rabu lalu, sebuah pertubuhan angkasa dibiayai Amerika Syarikat (AS), Aerospace Corp dilapor menjangkakan serpihan roket angkasa lepas China bakal terhempas ke bumi dengan dijangka menimpa beberapa kawasan yang luas di seluruh dunia.

Serpihan itu adalah sebahagian daripada roket Long March 5B China yang dilancarkan pada 24 Julai lalu dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China.

Dalam pada itu, Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) juga mengesahkan serpihan penggalak roket itu juga telah terhempas di Lautan Hindi pada tengah malam tadi.

Tular di media sosial perkongsian warga maya mengenai rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak awal pagi tadi dan video tersebut mencecah dua juta tontonan.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending