Connect with us

Antarabangsa

Selepas England, Ireland pula ‘haramkan’ transgender sertai ragbi wanita

Pemain transgender tidak lagi dibenarkan menyertai ragbi wanita di Ireland selepas Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) mengubah dasar jantina penyertaan sukan terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Selepas England Ireland pula ‘haramkan’ transgender sertai ragbi wanita
Foto: Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU).
  • Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) tidak lagi benarkan pemain transgender bertanding dalam acara ragbi wanita melalui dasar penyertaan baharu.
  • Keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti saintifik selaras dengan garis panduan Ragbi Dunia.
  • Bulan lalu, Kesatuan Bola Sepak Ragbi England mengundi untuk menolak penyertaan transgender dalam acara domestik itu.
  • “Dalam satu kajian terbaru mendapati terdapat perbezaan fizikal antara seorang wanita tulen dan seorang lelaki tulen dari segi stamina dan fizikal memandangkan lelaki mempunyai keupayaan yang lebih setelah akil baligh dan ia akan kekal walaupun selepas prosedur ‘testosterone suppression,” demikian kenyataan IRFU.
  • Atlet terjejas ditawarkan untuk kekal aktif dalam sukan itu melalui penglibatan sebagai sukarelawan, pengadil atau apa saja bentuk penyertaan yang tidak melanggar garis panduan IRFU.

Pemain transgender tidak lagi dibenarkan menyertai ragbi wanita di Ireland selepas Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) mengubah dasar jantina penyertaan sukan terbabit.

IRFU menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan bukti-bukti saintifik selaras dengan garis panduan Ragbi Dunia.

Tahun lalu, Ragbi Dunia melarang pemain wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita peringkat elit atas faktor kebimbangan keselamatan.

Manakala Kesatuan Bola Sepak Ragbi England bulan lalu menolak penyertaan transgender dalam sukan domestik itu berdasarkan undian 33 menolak dan 26 menyokong penyertaan transgender dalam ragbi wanita.

IRFU mengakui ia perkara “sensitif dan mencabar bagi mereka yang secara terbuka tergolong dalam komuniti LGBTQ+” serta turut menghubungi pemain yang terjejas oleh perubahan dasar baharu itu.

“Dalam satu kajian terbaru mendapati terdapat perbezaan fizikal antara seorang wanita tulen dan seorang lelaki tulen dari segi stamina dan fizikal memandangkan lelaki mempunyai keupayaan yang lebih setelah akil baligh dan ia akan kekal walaupun selepas prosedur ‘testosterone suppression,” demikian kenyataan IRFU.

“Dasar baharu ini selaras dengan Ragbi Dunia, IRFU dan badan induk lain. Ini bermakna penyertaan ragbi bagi kategori wanita hanya terhad kepada mereka yang direkodkan jantinanya sebagai wanita sejak lahir sahaja.

“Terdapat dua pemain berdaftar terjejas di Ireland sejurus perubahan ini. IRFU telah membincangkan perkara terbabit dengan mereka yang terjejas dan menawarkan pilihan untuk kekal aktif dalam sukan itu melalui penglibatan sebagai sukarelawan, pengadil atau apa saja bentuk penyertaan yang tidak melanggar garis panduan IRFU sebagai tanda penghargaan”.

Manakala bagi ragbi kategori lelaki, pemain dilahirkan sebagai wanita boleh menyertainya dengan syarat individu terbabit perlu mengemukakan surat kebenaran dan menjalani penilaian risiko.

Badan sukan itu menjelaskan pemain-pemain yang terjejas dengan dasar baharu itu “akan kekal bekerjasama dengan IRFU bagi menggalakkan penyertaan yang berterusan dalam sukan ini”. 

Sumber: Ireland’s National Public Service Media

Author

Teruskan Membaca

1 Comment

  1. Avatar

    Hafidz

    August 31, 2022 at 5:30 pm

    kekeliruan betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending