Connect with us

Terkini

“Segera pinda perlembagaan, wujudkan kesaksamaan gender,” – Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa pindaan terhadap Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hak kewarganegaraan diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Suhakam
  • Suhakam gesa pindaan terhadap Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hak kewarganegaraan diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia.
  • Ia bagi merealisasikan komitmen Malaysia sebagai negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap kesaksamaan gender serta pemenuhan hak terhadap kanak-kanak.
  • Pada 23 November 2021, Majlis Raja-Raja memperkenan penubuhan Jawatankuasa Cadangan Pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan (Jawatankuasa) dan mengambil maklum jawatankuasa dijangka akan membentangkan hasil konsultasi dan kajian dalam tempoh enam enam bulan namun melewati tempoh itu masih tiada sebarang pembentangan dibuat.
  • “Pindaan tersebut amat mustahak untuk dilaksanakan segera di Parlimen dan kelewatan dalam melaksanakannya adalah satu pengabaian terancang terhadap hak wanita dan kanak-kanak di Malaysia,” – Suhakam
  • Ketidakpastian status kewarganegaraan itu mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga hingga ada yang mengalami tekanan mental.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa pindaan terhadap Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hak kewarganegaraan diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, Suhakam berkata, pindaan itu bagi merealisasikan komitmen Malaysia yang kini merupakan negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap kesaksamaan gender serta pemenuhan hak terhadap kanak-kanak.

“Pada 23 November 2021, Majlis Raja-Raja telah memperkenan cadangan penubuhan Jawatankuasa Cadangan Pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan (Jawatankuasa) dan mengambil maklum bahawa jawatankuasa dijangka akan membentangkan hasil konsultasi dan kajian dalam tempoh enam enam bulan.

“Bagaimanapun, tempoh enam bulan tersebut telah berlalu dan tiada sebarang pembentangan dibuat.

“Suhakam menegaskan bahawa pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan tersebut amat mustahak untuk dilaksanakan dengan segera di Parlimen dan kelewatan dalam melaksanakannya adalah satu pengabaian terancang terhadap hak wanita dan kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada Jumaat memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Menurut kenyataan itu, ketidakpastian status kewarganegaraan itu juga mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga mereka dan mengakibatkan mereka mengalami tekanan mental.

“Ini tidak mencapai hasrat di sebalik semangat Keluarga Malaysia.

Wanita warganegara Malaysia juga terpaksa berhijrah ke negara ketiga kerana anak-anak mereka tidak diterima di Malaysia.

“Suhakam menyeru kerajaan untuk menyediakan penyelesaian kepada kepayahan ibu warganegara Malaysia dan anak-anak mereka untuk kekal sebagai satu keluarga,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pertikaian tanah: Sami penagih dadah acu pistol ugut penduduk tempatan

Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.
  • Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh sami berusia 49 tahun itu dengan menggunakan pistol.
  • Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.
  • Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.
  • Semasa disoal siasat, sami itu mengaku pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.

Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.

Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh menggunakan pistol sami berusia 49 tahun itu.

Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.

Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.

Semasa disoal siasat, sami itu mengaku dia pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.

Menurut sami itu, dia tidak berhubung atau mengganggu keluarga itu selepas pembelian tanah tersebut tidak berjaya. 

Sami itu juga mendakwa pistol yang didakwa digunakannya untuk mengancam lelaki itu bukanlah pistol benar. 

Selepas tempat penginapannya digeledah, pegawai menemui dua pistol tetapi tidak menemui pistol palsu seperti dakwaan sami itu.

Ketika ditanya mengenai penggunaan dadah dan pengambilan alkohol, sami itu menafikan sebarang penglibatan. 

Namun, ujian dadah mendedahkan adanya unsur methamphetamine dalam sistem tubuhnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending