Connect with us

Antarabangsa

Sami ultranasionalis ‘mahu’ kampung pro-penentang Junta ‘dipadamkan’ dari peta Myanmar

Seorang sami ultranasionalis, U Warthawa, yang bertanggungjawab merekrut anggota militan bagi menyokong junta di wilayah Sagaing, menuduh kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) melakukan serangan (arson attack) di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sumber Myanmar Now.
  • Sami ultranasionalis Myanmar, U Warthawa  mahu kampung yang pro-penentang junta “dipadamkan” daripada peta negara itu.
  • Komuniti menyokong pasukan anti-rejim secara kewangan mesti dihapuskan.
  • “Kalau betul ada kampung yang bantu mereka, kita harus ajar mereka,”  kata U Warthawa.
  • Sami itu pernah terlibat dengan Ma Ba Tha iaitu kumpulan ekstrimis Buddha yang sudah tidak lagi aktif, namun ditakuti masyarakat Islam di Myanmar suatu ketika dahulu.

Seorang sami ultranasionalis, U Warthawa, yang bertanggungjawab merekrut anggota militan bagi menyokong junta di wilayah Sagaing, menuduh kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) melakukan serangan (arson attack) di negara itu.

Sami yang berkempen bagi kumpulan militan bersenjata, turut dilatih tentera Myanmar itu, mengisytiharkan kampung yang menyokong penentangan anti-junta harus “dipadamkan” daripada peta negara Asia Tenggara itu.

Video diterbitkan jurucakap junta menunjukkan U Warthawa melawat sebuah kampung di kubu kumpulan penentang seperti Kanbalu, Kyunhla dan Taza yang terletak di Wilayah Sagaing. Video menunjukkan peranan sami itu dalam merekrut anggota militan baharu untuk membantu pasukan tentera. 

Tahun lalu, rejim rampasan kuasa di Myanmar menghantar penduduk pro-tentera memasuki kumpulan militia di barat laut dan pertengahan negara Myanmar (terutama sekali di negeri Sagaing) di mana gerakan penentangan bersenjata sangat kuat.

Kumpulan itu dikenali sebagai Pyu Saw Htee dan kebiasaannya mengiringi tentera dalam serbuan di kawasan perkampungan dan kerja-kerja serangan balas terhadap kumpulan anti-junta Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) dan pasukan gerila tempatan.

Dalam satu temubual di saluran propaganda junta pada Ahad lalu, U Warthawa memberi kenyataan bahawa komuniti yang menyokong pasukan anti-rejim secara kewangan mesti dihapuskan.

“Kalau betul ada kampung yang bantu mereka, kita harus ajar mereka. Kami akan musnahkan kampung-kampung itu dari peta Myanmar. Ini adalah sesuatu yang harus diperjuangkan,” katanya.

U Warthawa merupakan seorang ketua rahib di sebuah kuil Buddha di Hmaw Taw, sebuah perkampungan orang Islam di Kanbalu, Sagaing di mana hanya 10 peratus penduduk kampung itu beragama Buddha.

Dianggap sebagai ultranasionalis di negara itu, beliau pernah terlibat dengan Ma Ba Tha, iaitu kumpulan ekstrimis Buddha yang sudah tidak lagi aktif, namun ditakuti masyarakat Islam di Myanmar suatu ketika dahulu.

“Kami sudah melengkapi semua orang di sini dengan senjata yang diperlukan termasuk peluru,” katanya dalam satu video. 

Dalam video lain yang dirakam pada hari sama, U Warthawa menggabungkan mesej pro-militianya dengan seruan bagi membuka semula sekolah. 

“Bukalah semula sekolah dan hadiri latihan militia untuk rakyat. Anda akan diberi senjata secara sah,” kata U Warthawa kepada kira-kira 100 lelaki dan wanita yang hadir dengan kehadiran empat anggota tentera.

“Daftarlah untuk latihan militia. Jika tidak, anda secara tidak langsung berpihak kepada pengganas,” kata sami itu menggunakan bahasa junta merujuk kepada kumpulan PDF. 

Sumber: Myanmar Now

Author