Connect with us

Antarabangsa

Ribuan pelancong termasuk LGBT banjiri Kanada dapatkan vaksin cacar monyet

Beribu-ribu warga asing termasuk rakyat Amerika Syarikat (AS) dan komuniti LGBT mengunjungi bandar Montreal di Kanada semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar ­monyet berikutan kekurangan vaksin berkenaan di AS.

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan pelancong termasuk LGBT banjiri Kanada dapatkan vaksin cacar monyet
Foto: Sumber The Sun Daily.
  • Ribuan warga asing, termasuk rakyat Amerika Syarikat (AS) kunjungi bandar Montreal di Kanada dapatkan suntikan vaksin cacar ­monyet berikutan kekurangan vaksin berkenaan di AS.
  • Pihak berkuasa di Montreal tawar vaksinasi kepada golongan berisiko iaitu komuniti LGBT bagi kekang penularan cacar monyet, berikutan pengesanan kontak sukar.
  • Matlamat bandar raya itu untuk berikan 25,000 dos vaksin cacar monyet bagi memvaksinasi antara 75 hingga 80 peratus populasi yang dianggap berisiko, khususnya golongan gay dan lelaki berbilang pasangan.
  • Sejak kempen vaksinasi dilancarkan pertengahan Mei lalu, Montreal telah memberi pelalian kepada 18,500 orang dengan 13 peratus merupakan warga asing.

MONTREAL, Kanada – Beribu-ribu warga asing termasuk rakyat Amerika Syarikat (AS) dan komuniti LGBT mengunjungi bandar Montreal di Kanada semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar ­monyet berikutan kekurangan vaksin berkenaan di AS.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Montreal yang merupakan bandar kedua terbesar di Kanada dan terletak dalam wilayah Quebec, sekitar 70 kilometer di utara sempadan AS, memutuskan untuk memberikan vaksin cacar monyet kepada sesiapa sahaja yang menganggap diri mereka berisiko.

Pengarah seni dari Denver, AckRobb Stilson mengambil peluang itu semasa mengunjungi Montreal minggu lalu.

“Amat sukar mendapatkan vaksinasi di AS. Kawan-kawan saya terpaksa menunggu sangat lama, antara lapan hingga sembilan jam sebelum disuntik,” kata lelaki gay itu dipetik AFP ketika beratur bersama pasangan lelakinya dan dua kanak-kanak perem­puan yang didakwa anak mereka.

Berikutan pengesanan kontak adalah sukar, pihak berkuasa di Montreal menawarkan vaksinasi kepada semua mereka yang berisiko bagi mengekang penularan cacar monyet.

“Sebagai pelancong, mereka mungkin terbabit dalam aktiviti yang berisiko mendapat jangkitan cacar monyet. Justeru, kami membenarkan mereka mendapatkan pelalian supaya mereka tidak menyebarkan jangkitan, sama ada di sini atau selepas kembali ke negara asal,” kata pakar penyakit berjangkit Pusat Perubatan Universiti McGill, Donald Vinh.

Sejak kempen vaksinasi ber­kenaan dilancarkan pertengahan Mei lalu, Montreal telah memberi pelalian kepada 18,500 orang dengan 13 peratus merupakan warga asing.

Matlamat bandar raya itu adalah untuk memberikan 25,000 dos vaksin cacar monyet bagi memvaksinasi antara 75 hingga 80 peratus populasi yang dianggap berisiko khususnya golongan gay dan lelaki berbilang pasangan.

Setakat 11 Ogos lalu, Kanada merekodkan sebanyak 1,059 kes cacar monyet, namun pihak berkuasa menyatakan jangkitan kini semakin berkurangan. – AFP 

Sumber : Kosmo / AFP

 

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending