Connect with us

Terkini

Muslim terlibat perkhidmatan arak : “Perlu sedia jalan keluar buat mereka,” – CEO YADIM

Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Wartawan TMT

Published

on

Perkhidmatan arak perlu disekat kepada muslim
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
  • “Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik,” – CEO YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
  • Ia berikutan isu terbabit masih tiada lagi satu solusi yang dinamik dan jelas pada masa ini sekalipun permasalahan terkait sudah berbangkit sekian lama.
  • “Kita tidak melihat secara menyeluruh dari peluang pekerjaan contohnya, penggantian kepada pekerjaan tersebut kemudian pelan menyelamatkan anak-anak kita ini dan pelan pendidikan.”
  • “Apakah solusinya bagi pihak kerajaan terutama pihak berkuasa agama yang ada khususnya di negeri-negeri mempunyai description yang jelas terhadap fungsi di situ untuk menyediakan jalan keluar kepada anak-anak umat Islam ini?” 
  • Lebih mustahak juga adalah ketika ini kita memerlukan jumlah sebenar bilangan anak-anak muda Islam yang terlibat dalam persektoran pekerjaan sedemikian sebelum sebarang tindakan diambil.
  • Beliau menggesa tindakan lebih informatif dan constructive dilaksanakan dalam menyediakan jalan keluar terutama tentang bagaimanakah langkah yang wajar diambil untuk menghadapi respon industri dan sebagainya.
  • Beliau mencadangkan agar kempen kesedaran tentang permasalah ini tidak diberikan sepihak sebaliknya juga kepada pihak perniagaan.

KUALA LUMPUR – Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Menurutnya, ia berikutan isu terbabit masih tiada lagi satu solusi yang dinamik dan jelas pada masa ini sekalipun permasalahan terkait sudah berbangkit sekian lama.

“Kita tidak melihat secara menyeluruh dari peluang pekerjaan contohnya, penggantian kepada pekerjaan tersebut kemudian pelan menyelamatkan anak-anak kita ini dan pelan pendidikan,

“Saya rasa kerajaan perlu lihat lebih serius kalau tidak kita akan terperangkap dalam isu yang sama dan solusinya dicadangkan pun akan lebih kurang perkara yang sama sahaja sejak puluhan tahun so alhamdulillah lah para mufti ini membangkitkan ianya kembali,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Selasa.

Tambahnya, Islam merupakan agama yang menyediakan solusi dan sebagai agama ia tidak boleh mengulang-ulang hukumnya sedangkan penyelesaian tidak disediakan untuk umatnya.

“Kalau kita bertanya kepada anak muda Islam yang berkerja dalam bidang ini pasti mereka akan katakan bahawa mereka ingin mencari mata pencarian.

Jadi apakah solusinya bagi pihak kerajaan terutama pihak berkuasa agama yang ada khususnya di negeri-negeri mempunyai description yang jelas terhadap fungsi di situ untuk menyediakan jalan keluar kepada anak-anak umat Islam ini?” 

Advertisement

Beliau berkata, yang lebih mustahak juga adalah ketika ini kita memerlukan jumlah sebenar bilangan anak-anak muda Islam yang terlibat dalam persektoran pekerjaan sedemikian sebelum sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, tanpa angka sebenar atau anggaran angka yang boleh berikan gambaran, ini akan menyebabkan berlaku kesukaran untuk merangka polisi, intervention ataupun inisiatif-inisiatif  yang kena pada sasaran.

Tambahnya, “Kalau tidak orang akan panggil another level of season lagilah maksudnya time orang bekerja semua orang akan bagi ulasan haram perlu ada polisi dan sebagainya tapi langkah constructive itu tiada.”

Justeru beliau berkata kita sudah mencapai ditahap yang mana perlu bercakap berlandaskan data dan fakta juga perlu melihat perkara ini secara menyeluruh dari segi social welfare, dari segi safetynet dan sudut industri itu sendiri.

Beliau menggesa tindakan yang lebih informatif dan constructive dilaksanakan dalam menyediakan jalan keluar terutama tentang bagaimanakah langkah yang wajar diambil untuk menghadapi respon industri dan sebagainya.

Mengulas lanjut, beliau menjadikan pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 iaitu usaha melahirkan generasi bebas merokok daripada generasi 2007 sebagai contoh di mana terdapat pihak yang mencuba untuk mempertahankan industri yang bernilai +bilion tersebut bahkan pihak penggubal undang-undang juga menyatakan bantahan di Parlimen.

Advertisement

Senario ini katanya, dilihat akan berulang jika kita berterusan bercakap tentang satu penghuraian hukum ataupun bercita-cita untuk melahirkan polisi tanpa melihat kesan isu terkait secara lebih holistik.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kempen kesedaran tentang permasalah ini tidak diberikan sepihak sebaliknya juga kepada pihak perniagaan seperti syarikat swasta yang terlibat contohnya kedai serbaneka yang terkenal serve arak ataupun jual arak di sekitar Lembah Klang tapi apabila di Pantai Timur tidak menjual minuman tersebut namun bisnes kedai tersebut masih juga boleh meraih keuntungan.

Bagaimanapun katanya, wujud juga bisnes tersebut di Lembah Klang yang tidak membenarkan penjualan arak kerana masyarakat di situ memiliki sensitiviti yang tinggi.

Katanya, merujuk kepada negara luar pula yang majoritinya umat Islam tentang cara mereka mengurus premis terkait industri arak adalah mereka dilarang menjual arak atau melibatkan pekerja muslim melainkan premis tersebut terkait dengan hotel, club dan sebagainya.

“Perkara ini bukanlah satu idealistik sangat sebaliknya ianya telah diamalkan negara maju seperti Dubai, UAE, Qatar yang kita kata progresif dan boleh diamalkan di sini,” katanya yang turut mengharapkan agar individu itu sendiri juga ada rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang pengharaman ini kerana tindakan tersebut ia lebih berkesan untuk menangani permasalahan terbabit. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending