Connect with us

Terkini

Kerajaan komited kekang elemen LGBT di filem, TikTok

Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di negara ini, lapor Bernama hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan komited kekang elemen LGBT di filem, TikTok
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
  • Kerajaan bersama institusi keagamaan akan teruskan usaha mengekang elemen gaya hidup LGBT yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di Malaysia.
  • Bagaimanapun, kerajaan sukar mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) berpangkalan di luar negara seperti Netflix.
  • “Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.
  • “Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada.” – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
  • Penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut justeru pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di negara ini, lapor Bernama hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kerajaan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan sukar untuk mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.

“Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.

“Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Yahaya yang ingin tahu pendirian kementerian mengenai cadangan mengawal kandungan program disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.

Zahidi berkata, penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut, justeru pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri selain ibu bapa atau penjaga untuk meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah untuk memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan tidak sesuai. 

Advertisement

Sumber : Bernama

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending