Connect with us

Antarabangsa

Banduan transgender cuba potong testis sendiri kesal tidak dilayan sebagai wanita

Banduan transgender yang menghamilkan dua tahanan di penjara wanita New Jersey sebelum ini mendedahkan dia cuba membuang salah satu testisnya menggunakan pisau cukur selepas disalah anggap jantina dan ditempatkan di penjara lelaki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Banduan transgender cuba potong testis sendiri kesal tidak dilayan sebagai wanita
Foto: Terdahulu, Demi Minor telah menghamilkan dua tahanan di penjara wanita.
  • Demi Minor, 27, dipindahkan dari Pusat Pemulihan Wanita Edna Mahan di Perbandaran Union (di New Jersey) ke Garden State Youth Correctional Facility (GSYCF) pada Jun lalu.
  • Demi kini dipenjarakan bersama banduan lelaki selepas insiden dia menghamilkan dua banduan wanita di penjara lamanya.
  • Mengadu dirinya dianiaya dan didera di tempat baharu serta tidak dilayan sebagai wanita.
  • Banduan transgender itu dalam posting 18 Ogos lalu di blognya ‘Justice 4 Demi’ mendedahkan pernah menggunakan pisau cukur untuk membuang salah satu testisnya dalam cubaan membunuh diri sehingga dikejarkan ke bilik kecemasan.

NEW JERSEY – Banduan transgender yang menghamilkan dua tahanan di penjara wanita New Jersey sebelum ini mendedahkan dia cuba membuang salah satu testisnya menggunakan pisau cukur selepas disalah anggap jantina dan ditempatkan di penjara lelaki.

Demi Minor, 27, dipindahkan dari Pusat Pemulihan Wanita Edna Mahan di Perbandaran Union ke Pusat Pemulihan Belia ‘Garden State’ (GSYCF) pada Jun lalu selepas insiden dia menghamilkan dua wanita di penjara lamanya.

Demi, yang kini menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh bekas bapa angkatnya, sering mengadu dirinya dianiaya dan didera di tempat baharunya serta tidak dianggap sebagai wanita oleh kakitangan penjara.

Banduan transgender itu dalam posting 18 Ogos lalu di blognya ‘Justice 4 Demi’ mendedahkan pernah menggunakan pisau cukur untuk membuang salah satu testisnya dalam cubaan membunuh diri sehingga dikejarkan ke bilik kecemasan.

“Sebaik darah mula mengalir, saya tidak takutkan kematian. Saya cuma fikir, akhirnya saya akan bebas dari penderitaan saya alami selama ini,” kata banduan transgender itu dalam blog terbabit.

Demi mendakwa dia diberitahu pengerusi jawatankuasa pusat pemulihan itu bahawa ada perkara yang kita ‘tidak boleh diubah secara biologi’ yang secara langsung menyatakan bahawa tidak kira apa jua perubahan dilakukan, tanpa pembedahan, dia akan selamanya seorang lelaki.

Dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Demetrius Minor, banduan transgender itu kali pertama dipenjarakan pada usia 16 tahun, sebelum memulakan transisinya menjadi wanita pada 2020, sebelum dipenjarakan di Pusat Pemulihan Wanita Edna Mahan di mana dia menghamilkan dua tahanan wanita.  

Sumber: Daily Mail UK

Author