Connect with us

Ekonomi

Zakat faktor 1228 asnaf kini bergelar usahawan berjaya – Pengerusi MAIS

Seramai 1,228 asnaf fakir dan miskin di Selangor kini menjadi usahawan berjaya, memiliki perniagaan sendiri dan sudah menjadi pengeluar zakat.

Wartawan TMT

Published

on

zakat asnaf fakir - penerusi mais
Foto: Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  • 1,228 asnaf fakir dan miskin di Selangor kini menjadi usahawan berjaya, memiliki perniagaan sendiri dan sudah menjadi pengeluar zakat.
  • “Inilah antara bukti manfaat zakat yang tuan-tuan dan puan-puan keluarkan. Zakat bukan hanya menjadi umpan, malahan joran untuk dijadikan pancing untuk asnaf hidup berdikari dan berjaya dengan sendirinya,” – Pengerusi MAIS.
  • Kira-kira 1,000 usahawan asnaf diberikan latihan perniagaan melalui Program Pembangunan Usahawan Asnaf yang diuruskan oleh TERAS setiap tahun.

SHAH ALAM: Seramai 1,228 asnaf fakir dan miskin di Selangor kini menjadi usahawan berjaya, memiliki perniagaan sendiri dan sudah menjadi pengeluar zakat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kejayaan yang ditunjukkan oleh asnaf dengan bantuan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) itu membuktikan manfaat besar zakat kepada umat Islam.

“Apa yang membanggakan, bermula tahun 2013 hingga 2021, seramai 1,228 orang berjaya bebas daripada asnaf dan kini, berjaya pula menjadi pengeluar zakat. Alhamdulillah.

“Inilah antara bukti manfaat zakat yang tuan-tuan dan puan-puan keluarkan. Zakat bukan hanya menjadi umpan, malahan joran untuk dijadikan pancing untuk asnaf hidup berdikari dan berjaya dengan sendirinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Transformasi Usahawan Asnaf Selangor (TUAS) di Wisma PKPS, di sini, hari ini.

Pada program itu, 170 usahawan asnaf dan bekas asnaf dihimpunkan dengan pelbagai agensi pembiayaan perniagaan, selain 10 usahawan menerima Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2022.

Abdul Aziz berkata, kira-kira 1,000 usahawan asnaf diberikan latihan perniagaan melalui Program Pembangunan Usahawan Asnaf yang diuruskan oleh TERAS setiap tahun.

“Syabas dan tahniah kepada TERAS kerana sepanjang sembilan tahun ini, ini ramai usahawan asnaf yang berjaya dibantu melalui program usahawan ini,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim, berkata berdasarkan rekod TERAS, kira-kira 60 peratus usahawan yang berjaya itu terbabit dalam industri makanan.

“Secara purata, sekitar 150 hingga 160 asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, setiap tahun. Cuma ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, jumlahnya sedikit berkurang, dengan 96 orang pada tahun 2020 dan 58 orang pada 2021 berjaya keluar daripada kemiskinan.

“Antara contohnya, usahawan kita di Kuala Selangor menjalankan aktiviti peruncitan, dalam masa dua bulan ketika pandemik itu, pendapatan beliau mencecah RM100,000,” katanya.

Mohd Hasnul Redza berkata, TERAS yang juga anak syarikat MAIS membantu tujuh kategori industri perniagaan iaitu makanan, peruncitan, perkhidmatan, perikanan, pertanian, penternakan dan pembuatan.

Beliau berkata, tujuh industri itu selaras dengan bantuan awal yang diberi Lembaga Zakat Selangor.

Sumber : Berita Harian

Author

Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending