Wanita ‘berjambang’ hilang selama sembilan jam ditemui Polis Toronto
Selepas sembilan jam dilaporkan hilang Sabtu lalu, wanita ‘berjambang’ Isobella Degrace, 27, berjaya ditemui pihak polis di sini.
-
(VIDEO) Pakar geopolitik ramal Turkiye jadi sasaran potensi Israel, AS selepas Iran
-
(VIDEO) Pelaburan RM2.5 bilion, Negeri hanya dapat RM15 juta: Agihan hasil negeri-federal wajar dikaji semula – MB Terengganu
-
(VIDEO) Demokrasi bukan jaminan kestabilan, Tegas Tun Mahathir
-
(VIDEO) Kes hina mahkamah: Permohonan kebenaran merayu Maria Chin ditolak Mahkamah Persekutuan
- Toronto Police Service mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan seorang wanita, Isobella Degrace, 27, Sabtu lalu.
- Ciri-ciri wanita itu berketinggian 5 kaki 10 inci, berbadan kurus dan berjambang.
- Polis berjaya temui wanita itu selepas sembilan jam kenyataan itu dikeluarkan.
TORONTO – Selepas sembilan jam dilaporkan hilang Sabtu lalu, wanita ‘berjambang‘ Isobella Degrace, 27, berjaya ditemui pihak polis di sini.
Toronto Police Service dalam kenyataan Sabtu lalu melaporkan kehilangan wanita itu dan meminta orang ramai mengambil perhatian tentang insiden kehilangan itu.
Dalam kenyataan orang hilang itu, pihak polis Toronto menyatakan ciri-ciri fizikal wanita iaitu berketinggian 5 kaki 10 inci, berbadan kurus, rambut pendek perang dan gaya “shaggy” serta berjambang.
Kenyataan itu berkata kali terakhir wanita itu dilihat memakai baju hitam, berseluar kelabu dan berada di kawasan Ryerson Avenue dan Bathurst Street pada pukul 3 pagi hari Sabtu.
Bagaimanapun, polis Toronto berjaya menjumpai Isobella sembilan jam selepas hantaran mengenai kehilangan wanita itu di laman sesawang terbabit.
Sumber: Toronto Police Service

You must be logged in to post a comment Login