Connect with us

Antarabangsa

Tulang lumbar transgender rosak jika jalani terapi hormon jantina

Kajian dikendalikan sekumpulan penyelidik di Pusat Bioteknologi Maklumat Kebangsan Marlyland, (NCBI) mendapati  tulang lumbar lelaki transgender akan terjejas teruk.

Wartawan TMT

Published

on

tulang lumbar
  • Terapi Hormon Peneguhan Jantina, Cross-sex Hormone Therapy (CSHT), digunapakai golongan transgender untuk proses pertukaran  jantina.
  • Penyelidik di Pusat Bioteknologi Maklumat Kebangsan Maryland mendapati CSHT menjejaskan tulang lumbar lelaki transgender.
  • Hormon estrogen mempengaruhi sel osteosit dan osteoblas yang membentuk tulang baharu.

BETHESDA (AS) – Terapi Hormon Peneguhan Jantina, Cross-sex Hormone Therapy (CSHT), yang sering digunakan bagi tujuan proses pertukaran jantina dalam kalangan transgender memberi kesan buruk terhadap jisim tulang manusia.

Kajian dikendalikan sekumpulan penyelidik di Pusat Bioteknologi Maklumat Kebangsan Marlyland, (NCBI) mendapati  tulang lumbar lelaki transgender akan terjejas teruk.

Hormon estrogen merupakan pengawal selia utama homeostasis tulang yang melibatkan sitokinesis dan faktor pertumbuhan.

Estrogen mempengaruhi osteosit dan osteoblas yang merupakan sel-sel yang membentuk tulang baharu.

Kajian pemerhatian itu dijalankan dengan mengambil kira kandungan nutrisi yang berlebihan dan berat badan responden yang menidakkan pengaruh obesiti terhadap jisim tulang dalam kalangan transgender.

Rumusan kajian menunjukkan kesan masa panjang CSHT terhadap transgender lelaki adalah peningkatan jisim tulang di bahagian ruas lumbar selepas lebih 24 bulan.

Sumber : PubMed Central

Advertisement

 

 

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending