Connect with us

Terkini

Thor: Love and Thunder tangguh sekali lagi, disyaki kerana watak songsang

Semalam, filem ini sekali lagi mendapat arahan untuk ditunda tayangannya buat kali kedua.

Wartawan TMT

Published

on

Thor love and thunder
Foto: Thor Love and Thunder poster.
  • Filem Thor 4 ditunda buat kali kedua tanpa kata putus penetapan tarikh tayangannya.
  • Penangguhan kali pertama tarikh tayangan pada 7 Julai telah diubah kepada 21 Julai.
  • Pihak Disney Malaysia enggan memberi komen mengenai penangguhan ini.
  • Disyaki ditangguh disebabkan watak songsang.

KUALA LUMPUR – Tarikh tayangan filem Thor: Love and Thunder terbitan Disney di Malaysia sebelum ini yang dijadualkan pada 7 Julai telah diubah kepada 21 Julai. Semalam, filem ini sekali lagi mendapat arahan untuk ditunda tayangannya buat kali kedua. Walau bagaimanapun, tiada kata putus mengenai ketetapan tarikh tayangan berikutan penangguhan kali ini.

Sebelum ini, tayangan filem Thor 4 ini pernah ditunda oleh syarikat penerbitannya sendiri iaitu Walt Disney (Malaysia) Sdn Bhd, dan setiap wang pembelian dan tempahan tiket akan dipulangkan kembali. Namun begitu, pihak Disney Malaysia enggan memberi komen mengenai penangguhan ini, lapor The Star.

Menurut penonton yang sudah menonton filem tersebut di pawagam Singapura, terdapat babak hubungan sama jenis dalam filem Thor kali ini. Disney sebelum ini pernah menerbitkan beberapa buah filem yang seolah-olah bertujuan mempromosi komuniti Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) seperti filem Beauty and The Beast pada 2017, dan yang terbaru, Lightyear pada 2022.

Penangguhan pada kali ini telah menjadikan status tarikh tayangan filem terbabit sebagai “TBA” (to be announced).

Ini bermaksud pengumuman akan dibuat sekiranya keputusan mengenai tarikh tayangan telah dibuat.

Oleh disebabkan itu, ramai penggemar filem Marvel kecewa dengan keputusan tersebut. Ada juga yang menganggap tindakan ini seperti menggalakkan gejala cetak rompak memandangkan rakaman filem telah pun tersebar di internet.

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending