Connect with us

Antarabangsa

Steve Jobs antara anak imigran di Amerika Syarikat berjaya mengubah dunia

Steve Jobs pengasas kepada sebuah syarikat gergasi dalam bidang teknologi iaitu Apple antara anak imigran di Amerika Syarikat yang berjaya mencipta nama di dunia.

Wartawan TMT

Published

on

steve jobs
Foto: Steve Jobs.
  • Amerika Syarikat menjadi salah satu negara yang mempunyai populasi golongan imigran paling tinggi di dunia.
  • Antara anak imigran yang terkenal dan berjaya di Amerika Syarikat adalah pengasas YouTube, Walt Disney, dan Steve Jobs.
  • Kerjaya masing-masing telah berjaya meninggalkan impak yang besar kepada seluruh dunia.

WASHINGTON: Steve Jobs pengasas kepada sebuah syarikat gergasi dalam bidang teknologi iaitu Apple antara anak imigran di Amerika Syarikat yang berjaya mencipta nama di dunia.

Steve merupakan anak kepada seorang pelarian Syria sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di California. 

Tidak diragukan lagi, Apple telah menjadi salah sebuah syarikat gergasi yang merevolusikan pembangunan teknologi di dunia.

Nilai aset bersih syarikat Apple dilaporkan telah mencapai $63.09 billion pada awal suku tahun 2022.

Antara anak imigran lain yang berjaya di Amerika Syarikat adalah pengasas YouTube Steven Chen, Jawed Karim.

Kedua-dua mereka antara pengasas bersama platform paling digemari ramai iaitu YouTube yang kini mempunyai beratus juta pengguna di seluruh dunia.

Berdasarkan data dari Global Media Insight, India menjadi negara dengan pengguna YouTube terbesar di dunia dengan 467 juta penduduknya telah menggunakan platform tersebut setakat Mac 2022.

Amerika Syarikat menyusul di kedudukan kedua dengan 240 juta pengguna, sementara Indonesia berada di kedudukan ketiga dengan 127 juta pengguna.

Steven berasal dari Taiwan dan Jawed merupakan seorang warga Jerman dan mereka telah berhijrah ke Amerika Syarikat sejak remaja.

Youtube Founder

Karim bertemu dengan Chen ketika beliau bekerja di Paypal. Bersama Chad Hurley, mereka bertiga telah menubuhkan YouTube pada tahun 2005.

Dan ketiga adalah Walt Disney.

Walt Disney

Kanak-kanak di seluruh dunia hampir semuanya dibesarkan dengan dendangan lagu-lagu Disney dan kebanyakannya menyimpan hasrat dari kecil untuk ke DisneyLand. 

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kartunis terkenal yang mencipta animasi kartun Mickey Mouse merupakan seorang anak warga Irish-Kanada. 

Ayahnya telah berhijrah dari Kanada ke Amerika Syarikat sebelum mengahwini ibu kepada Walt.

Selepas menamatkan khidmatnya ketika Perang Dunia Pertama, Walt telah bertungkus lumus membina sebuah empayar untuk menghiburkan dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

Menurut Migration Policy Institute (MPI), Amerika Syarikat memiliki populasi imigran tertinggi di dunia dengan jumlah sebanyak 84.8 juta orang pada 2021.

Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan kajian yang dibuat pakar kesihatan dan psikologi berkenaan kejayaan anak imigran di Amerika Syarikat.

Sumber : Global Citizen

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending