Connect with us

Antarabangsa

Presiden Biden benarkan transgender guna bilik mandi wanita, ditentang hakim

Presiden Biden telah mengeluarkan arahan yang membenarkan pekerja dan pelajar transgender menggunakan bilik mandi.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden Biden
Foto: Presiden Biden.
  • Arahan Biden dianggap mustahil dilaksanakan di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
  • Arahan itu bercanggah dengan undang-undang beberapa negeri dan menimbulkan masalah.
  • Sekatan terhadap arahan Biden itu dianggap satu kemenangan buat atlet wanita.

WASHINGTON – Presiden Biden telah mengeluarkan arahan yang membenarkan pekerja dan pelajar transgender menggunakan bilik mandi dan bilik persalinan wanita. Golongan ini juga diberi kebebasan untuk memilih pasukan sukan mengikut identiti jantina mereka.

Namun, arahan tersebut telah disekat buat sementara waktu oleh seorang hakim persekutuan di Tennessee.

Charles Atchley Jr. yang merupakan seorang hakim dari Daerah Timur Tennessee, memutuskan pada Jumaat lalu bahawa arahan Biden itu mustahil untuk dikuatkuasakan di beberapa negeri.

Bagi membantah arahan berkenaan, 20 peguam negara yang merupakan penyokong Parti Republik telah memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan pada tahun lepas.

Saman tersebut difailkan susulan arahan Presiden Biden yang menimbulkan masalah kerana disifatkan bercanggah dengan undang-undang negeri masing-masing.

Memandangkan pihak berkuasa negeri tidak dapat mematuhi arahan defendan (Biden) dan mengikut peruntukan undang-undang negeri mereka dalam satu masa, hakim Charles memutuskan untuk menyekat arahan tersebut dari berkuat kuasa.

“Keputusan hakim itu merupakan sebuah kemenangan yang besar buat atlet wanita dari sudut privasi dan keselamatan mereka di bilik mandi dan bilik persalinan,” ujar salah seorang plaintif dalam kes tersebut.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending