Connect with us

Terkini

Pemilik kelab komedi TTDI mengaku tidak bersalah

Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan..

Wartawan TMT

Published

on

pemilik kelab komedi rizal van geyzel
Foto: Gambar hiasan.
  • Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
  • Hantaran itu dibuat melalui laman Facebook, Instagram dan TikTok, pada dua minggu lalu.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
  • Hasil rayuan peguam tertuduh, hakim membenarkannya diikat jamin dengan bayaran RM12,000.
  • Mahkamah kemudian menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

KUALA LUMPUR – Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik melalui laman Facebook, Instagram dan TikTok, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak, menurut laporan Sinar Harian pada Jumaat.

Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di Facebook atas nama Rizal Van Geyzel, Instagram (Rizalvangeyzel) dan TikTok (Rizalvangeyzel) dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 4 hingga 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu, sekiranya diteruskan selepas pensabitan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman, tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana kesalahan yang didakwa termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

“Kes ini sangat serius yang mana ia menyentuh isu perkauman, namun jika mahkamah mahu menawarkan ikat jamin, kami mencadangkan ia ditetapkan sebanyak RM30,000 untuk kesemua pertuduhan.

“Pihak kami juga memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak boleh membuat komen serta hantaran di mana-mana media sosial sepanjang kes ini berjalan,” kata Haslinda.

Bagaimanapun, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin.

Menurut Ramkarpal, anak kepada tertuduh menghidap disleksia iaitu masalah pembelajaran membabitkan kesukaran membaca selain bapanya menghidap kanser.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim Nor Hasniah membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 bagi semua pertuduhan dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 14 Julai lalu, PDRM melaporkan telah menahan seorang lelaki yang merupakan pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 namun dilepaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis.

Sumber : Sinar Harian 

 

Author

Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending