Connect with us

Terkini

Mengapa perlu persoal pelantikan Pengerusi SUHAKAM? – Pengerusi MACSA

Menjawab keraguan itu, Lukman berkata organisasinya bersama Profesor Datuk Dr Rahmat sentiasa menentang jenayah perang.

Wartawan TMT

Published

on

Prof Rahmat Mohamad
  • Profesor Datuk Dr Rahmat sentiasa konsisten menentang jenayah perang.
  • Namun dalam isu Statut Rom, Profesor Datuk tidak boleh menyokong berikutan ada bahagian yang memberi kesan kepada Majlis Raja-Raja serta tidak selari dengan Perlembagaan Negara.
  • Tidak menjadi kesalahan buat para ahli akademik untuk menasihati Majlis Raja-Raja berkenaan isu terkait kedaulatan negara.

KUALA LUMPUR : Pengerusi Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process, Lukman Sheriff membidas keraguan dan pertikaian yang diwujudkan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap pelantikan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.

Menurut Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy,Profesor Datuk Dr Rahmat ialah orang yang mengarang kertas kerja untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom semasa negara ini ditadbir Pakatan Harapan dulu.

Justeru Suaram mempunyai keraguan kuat bahawa Profesor Datuk Dr Rahmat boleh menjalankan tugasnya untuk memenuhi mandat Suhakam.

Menjawab keraguan itu, Lukman berkata organisasinya bersama Profesor Datuk Dr Rahmat sentiasa menentang jenayah perang.

Namun dalam isu Statut Rom, pihaknya tidak boleh menyokong berikutan ada bahagian yang memberi kesan kepada Majlis Raja-raja serta tidak selari dengan Perlembagaan Negara.

“Saya dan Profesor Dr Rahmat sama-sama bawa kes war crimes dan crimes against humanity ke international criminal court.

“Kita memang memegang kepada nilai ini.

Advertisement

“Saya tentang sesiapa yang melakukan war crimes ethnic cleansing.

“Tetapi dalam kes rome statute, saya tidak boleh menyokong sepenuhnya (ada reservation) kerana pada saya ada raja-raja kita terkesan.

“Apalah salahnya consult Majlis Raja-Raja dan terangkan sepenuhnya.

“Bukan terang separuh-separuh kononnya tiada masalah langsung.

Itu antara tulisan beliau di laman Facebooknya.

Mengapa Statut Rom tidak boleh diratifikasi di Malaysia?

Advertisement
  • Ancaman terhadap ‘territorial integrity’ dan kedaulatan negara.
  • Dengan menerima Statut Rom, kita menyerahkan kedaulatan negara kepada kuasa luar.
  • Apabila sesebuah negara menjadi pihak kepada sesuatu perjanjian antarabangsa, ia akan terikat dengan syarat-syarat dan peruntukannya yang secara tidak langsung akan menyentuh kedaulatan negara tersebut.
  • Ancaman terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara (Perkara 32(1)) dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (Perkara 41).
  • Sebarang imuniti atau kekebalan yang diperuntukkan kepada YDPA tidak akan terpakai jika mereka dibicarakan di ICC.
  • Kuasa kehakiman tidak lagi eksklusif kepada Mahkamah-Mahkamah di Malaysia kerana ICC akan mendapat keupayaan untuk campur tangan kes-kes jenayah kemanusiaan di dalam negara (mencetuskan kekeliruan dalam bidang kuasa kehakiman).

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending