Connect with us

Terkini

Gaza: Kerajaan Malaysia digesa campur tangan kes genosid rejim Israel di ICJ

Kerajaan digesa campur tangan dalam perbincangan kes genosid Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya negara itu tidak terlepas dari akibat kekejaman dilakukannya terhadap rakyat Palestin. 

Wartawan TMT

Published

on

Gaza: Kerajaan Malaysia digesa campur tangan kes genosid rejim Israel di ICJ
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan digesa campur tangan dalam perbincangan kes genosid Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya negara itu tidak terlepas dari akibat kekejaman dilakukannya terhadap rakyat Palestin. 
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata sebagai negara yang berpihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia harus memberi komitmen bagi memastikan Israel bertanggungjawab di atas kekejaman yang dilakukan di Gaza.
  • Katanya, kerajaan juga perlu bersepakat dengan semua sekutu dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan badan serantau lain untuk turut campur tangan atau menyokong hak rakyat Palestin dalam mendapatkan kedaulatan negara mereka. 
  • “Pelanggaran hak asasi manusia serta penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sejak berdekad lamanya ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan tindakan Afrika Selatan mengheret Israel ke ICJ disokong oleh kerajaan.
  • “Justeru, SUHAKAM juga menggesa kerajaan menimbang semula reservasi kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid yang khususnya menekankan mengenai pencegahan dan hukuman jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media dipetik Berita Harian di sini, hari ini.
  • Media melaporkan Afrika Selatan memulakan prosiding terhadap rejim Israel di ICJ berhubung keganasannya terhadap rakyat Palestin di Gaza.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa campur tangan dalam perbincangan kes genosid Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya negara itu tidak terlepas dari akibat kekejaman dilakukannya terhadap rakyat Palestin. 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata sebagai negara yang berpihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia harus memberi komitmen bagi memastikan Israel bertanggungjawab di atas kekejaman yang dilakukan di Gaza.

Katanya, kerajaan juga perlu bersepakat dengan semua sekutu dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan badan serantau lain untuk turut campur tangan atau menyokong hak rakyat Palestin dalam mendapatkan kedaulatan negara mereka. 

“Pelanggaran hak asasi manusia serta penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sejak berdekad lamanya ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan tindakan Afrika Selatan mengheret Israel ke ICJ disokong oleh kerajaan.

“Justeru, SUHAKAM juga menggesa kerajaan menimbang semula reservasi kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid yang khususnya menekankan mengenai pencegahan dan hukuman jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media dipetik Berita Harian di sini, hari ini.

Media melaporkan Afrika Selatan memulakan prosiding terhadap rejim Israel di ICJ berhubung keganasannya terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Wisma Putra dilaporkan berkata tindakan itu adalah tepat pada masanya bagi memastikan akauntabiliti undang-undang ke atas kekejaman rejim Israel di Gaza dan Wilayah Palestin yang Didudukinya (Occupied Palestinian Territory) dapat dilaksanakan. 

Katanya, permohonan Afrika Selatan juga merangkumi hasrat supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara (provisional measures) supaya Israel segera menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan melindungi hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid, serta memastikan pematuhan Israel terhadap obligasinya di bawah Konvensyen itu. 

SUHAKAM berkata selaras dengan komitmen untuk memupuk solidariti dalam kalangan institusi hak asasi manusia kebangsaan, SUHAKAM juga komited menyokong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afrika Selatan.

“SUHAKAM menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus memberi sokongan kepada Afrika Selatan dan menggariskan kepentingan untuk memastikan keadilan, hak asasi manusia dan kebertanggungjawaban supaya isu ini akan menemui satu titik penyelesaian damai kepada konflik di rantau itu,” kata SUHAKAM. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending