Connect with us

Terkini

Kedutaan Indonesia puas hati Paul Yong disabitkan bersalah, sifatkan perundangan negara adil

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Wartawan TMT

Published

on

kedutaan indonesia
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Republik Indonesia, Junjungan Sigalingging berkata, keputusan itu memberi keadilan sewajarnya dan membela nasib mangsa.
  • “Kami berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, keputusan itu menunjukkan sistem perundangan Malaysia mampu membawa keadilan,”- Junjungan Sigalingging.
  • Paul Yong, 52, disabitkan bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

IPOH – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Republik Indonesia, Junjungan Sigalingging berkata, keputusan itu memberi keadilan sewajarnya dan membela nasib mangsa.

Menurutnya, keputusan itu juga membuktikan sistem perundangan negara ini yang adil.

“Kita bersyukur dan sangat menghargai hakim Mahkamah Tinggi yang menunjukkan kebijaksanaan dan keadilan dalam mengendalikan kes ini.

“Kami berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, keputusan itu menunjukkan sistem perundangan Malaysia mampu membawa keadilan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah di sini pada Rabu.

Beliau berkata, perbicaraan kes melibatkan warga Indonesia itu dipantau dengan teliti oleh kerajaan dan rakyat Indonesia sejak 2019 lagi.

Katanya, harapan yang tinggi diberikan agar perbicaraan kes itu membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Dari awal perbicaraan di Mahkamah Sesyen kemudian berpindah ke Mahkamah Tinggi, kerajaan Indonesia yang diwakili oleh kedutaan di Kuala Lumpur memberi perhatian serius kepada kes ini kerana mangsa adalah seorang warga Indonesia,” katanya.

Paul Yong, 52, disabitkan bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Bagi kesalahan tersebut, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan.

Pertuduhan ke atas beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending