Connect with us

Terkini

Isu tuntutan waris kesultanan Sulu : “Ini salah Najib” – Dr. Mahathir

Kerajaan hari ini digesa agar segera menyelesaikan isu tuntutan waris kesultanan Sulu bagi mengelakkan ia terus mengancam kedaulatan negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kesultanan Sulu Tun Mahathir
  • Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan permasalahan yang sedang berlaku itu berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Tindakan Datuk Seri Najib menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu selepas mendakwa mereka dalang pencerobohan Lahad Datu namun gagal membuktikannya menyebabkan tindakan undang-undang di mahkamah diambil oleh pihak berkenaan.
  • Dr. Mahathir turut menafikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas jadi punca isu tersebut timbul.

SHAH ALAM – Kerajaan hari ini digesa agar segera menyelesaikan isu tuntutan waris kesultanan Sulu bagi mengelakkan ia terus mengancam kedaulatan negara.

Memetik kepada laporan Sinar Harian, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tuntutan waris kesultanan Sulu berpunca daripada keputusan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mungkir janji untuk membayar RM5,300 setahun kepada pihak berkenaan sejak tahun 2013.

Menurutnya, Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu kerana mendakwa mereka dalang pencerobohan Lahad Datu.

Malangnya, bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut gagal dikemukakan yang menjadi titik permulaan waris kesultanan Sulu mengambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa terhadap kerajaan kerana mungkir janji menghentikan bayaran RM5,300 setahun.

Menurut Sinar Harian, apa yang didedahkan oleh Dr. Mahathir itu harus diteliti dan dijadikan iktibar kerana ia penting bagi memastikan setiap keputusan dibuat kerajaan berhubung isu sensitif melibatkan perjanjian dan sebagainya tidak akan berulang lagi selepas ini.

Sebelum ini Dr. Mahathir turut menafikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menjadi punca isu berkenaan timbul.

“Tommy menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran sebanyak RM48,000 bagi menyelesaikan pembayaran yang dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Rabu menjelaskan keputusan tidak membenarkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu dibahaskan di Parlimen bagi mengelak segala strategi dan perancangan kerajaan dalam mendepani kes yang masih berjalan di mahkamah itu diketahui pihak lawan.

Penjelasan itu diberikan Azhar Azizan susulan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan tidak meluluskan usul untuk membahaskan isu berkenaan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin turut menolak usul untuk membincang dan membahaskan mengenai ancaman keselamatan waris Kesultanan Sulu.

Usul yang dibawa Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditolak susulan tidak memenuhi Peraturan 23 (2) DUN Sabah.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending