Antarabangsa
Dewan Rakyat AS lulus RUU jamin hak perkahwinan sesama jenis
Dewan Rakyat Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan undang-undang yang memberikan hak untuk perkahwinan sesama jenis.

- Kesemua ahli Demokrat undi bersetuju RUU jamin hak perkahwinan sesama jenis.
- RUU ini dibuat agar Mahkamah Agung tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menukar keputusan terdahulu (precedent) yang memihak kepada perlakuan yang kononnya disifatkan sebagai ‘hak asasi manusia’.
WASHINGTON – Dewan Rakyat Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan undang-undang yang memberikan hak untuk perkahwinan sesama jenis.
Undang-undang itu diluluskan dengan kesemua 220 undi daripada Demokrat ditambah 47 undi daripada Republikan.
Manakala 157 lagi yang rata-ratanya Republikan menolak.
Respect for Marriage Act yang baru diluluskan juga akan melindungi hak untuk perkahwinan antara kaum.
RUU ini dibuat agar Mahkamah Agung tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menukar keputusan terdahulu (precedent) yang memihak kepada perlakuan yang kononnya disifatkan sebagai hak asasi manusia seperti hak pengguguran dan perkahwinan sesama jenis.
Pada minggu lalu, satu siri undian berkenaan pengguguran, pencegahan kehamilan dan perkahwinan sesama jenis telah dijalankan bagi menunjukkan keputusan dibuat mahkamah adalah melampau dan tidak seiring dengan pendapat umum.
Pada Selasa, 17 anggota Kongres, yang kesemuanya adalah Demokrat, telah ditangkap kerana menyekat jalan di hadapan Mahkamah Agung sebagai tanda protes. Alexandria Ocasio-Cortez dan Ilhan Omar adalah antara mereka yang ditahan.
“Ketika hakim yang radikal dan ahli politik sayap kanan meneruskan serangan mereka terhadap hak asasi kami, Demokrat percaya bahawa pemerintah tidak mempunyai tempat antara dua insan yang saling menyayangi,” kata Speaker Dewan Nancy Pelosi dalam ucapannya.
Salah seorang ahli Dewan mengatakan bahawa undang-undang itu akan menghantar mesej jelas kepada pasangan yang bimbang tentang pengiktirafan kerajaan persekutuan terhadap perkahwinan sesama jenis dan antara kaum, tidak kira apa pun yang berlaku di masa hadapan.
Namun, terdapat wakil rakyat yang berpendapat bahawa RUU tersebut tidak diperlukan dan beliau mengatakan bahawa ia adalah cara terbaru kempen Demokrat dalam percubaannya untuk mengancam kedudukan Mahkamah Agung AS.
Respect for Marriage Act memansuhkan Defense of Marriage Act, sebuah undang-undang yang diluluskan pada tahun 1996 yang mentakrifkan perkahwinan hanya berlaku antara lelaki dan wanita dan memberi kuasa kepada setiap negeri untuk tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jenis yang dibuat berdasarkan undang-undang negeri lain.
Sumber: The Guardian
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah