Connect with us

Antarabangsa

Amerika Syarikat sokong dasar pendidikan negara diubah mesra LGBT

AmeriCorps, sebuah agensi di bawah naungan kerajaan Amerika Syarikat, menyatakan kesiapsiagaan untuk membayar ahlinya sekiranya mahu berkhidmat sebagai penganjur komuniti bagi sebuah organisasi yang memperjuangkan teori LGBT.

Wartawan TMT

Published

on

Amerika Syarikat sokong dasar pendidikan negara diubah mesra LGBT
  • Agensi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, AmeriCorps menunjukkan sokongannya terhadap sebuah pertubuhan menyokong LGBT iaitu Gay, Lesbian, Straight, Education Network (GLSEN).
  • GLSEN mahu memperbaharui sistem kurikulum sekolah sedia ada yang tidak mesra golongan LGBT di seluruh Washington.
  • Mereka mahu pihak sekolah benarkan lelaki menggunakan bilik persalinan wanita dan bertanding dalam kategori sukan wanita.
  • GLSEN antara organisasi memberikan bahan tidak senonoh kepada pelajar sekolah dan menganjurkan acara mengajar tarian berunsur seksual kepada kanak-kanak.

WASHINGTON – AmeriCorps, sebuah agensi di bawah naungan kerajaan Amerika Syarikat, menyatakan kesiapsiagaan untuk membayar ahlinya sekiranya mahu berkhidmat sebagai penganjur komuniti bagi sebuah organisasi yang memperjuangkan teori LGBT.

Gay, Lesbian, Straight, Education Network (GLSEN) adalah sebuah organisasi yang memperjuangkan teori gender termasuk LGBT dan menuntut kurikulum dan dasar pendidikan  sedia ada di Amerika Syarikat diubah.

Bagi GLSEN, perubahan tersebut perlu dilakukan supaya kurikulum sekolah turut mengiktiraf golongan LGBT sebagai salah satu jantina selain lelaki dan wanita.

Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan GLSEN, ahli AmeriCorps akan turut sama terlibat dalam program outreach dan komuniti di Washington yang dijalankan organisasi berkenaan.

Agensi terbabit turut menjelaskan bahawa ahli yang dipilih akan dibayar bagi menyokong pelajar dan warga pendidik demi mewujudkan perubahan dan ‘membaik pulih’ situasi pembelajaran pelajar-pelajar LGBT di seluruh Washington.

Organisasi terbabit juga percaya bahawa pihak sekolah perlu membenarkan lelaki menggunakan bilik persalinan wanita dan bertanding di dalam sukan kategori wanita.

Namun, laporan dari Discover the Networks mendapati organisasi tersebut bukan sahaja terlibat dalam aktiviti sosial malah turut menawarkan bahan dan maklumat tidak senonoh kepada pelajar sekolah.

GLSEN juga dilaporkan pernah bekerjasama dengan jenama Nike dan YMCA menganjurkan sebuah acara untuk mengajar kanak-kanak sebuah tarian yang popular dalam kalangan kelompok LGBT, yang mana pengajar jemputannya merupakan salah seorang pekerja seks dari OnlyFans (laman web untuk pekerja seks secara maya).

Sumber : BREITBART

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending