Connect with us

Wartawan TMT

Published

on

  • Wartawan & Pengasas Semak Fakta Alt News Mohammed Zubair ditahan polis Delhi.
  • Beliau ditahan tanpa diberikan notis.
  • Zubair sering membongkar laporan palsu berkenaan India dan sentiasa berdepan ancaman.
  • “Tahap kebebasan media di India rendah, persekitaran tidak selamat untuk wartawan,” – Penyelaras program Asia CPJ Steven Butler.

NEW DELHI – Wartawan dan organisasi media membidas tindakan anggota polis Delhi yang menahan wartawan Mohammed Zubair, selaku pengasas bersama laman sesawang semak fakta Alt News, pada Isnin susulan hantaran lamannya di media sosial.

Mohammed Zubair

Photograph: Mohammed Zubair/Twitter

Pihak berkuasa India perlu ‘segera membebaskan Zubair tanpa mengenakan sebarang syarat’, menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan yang berpangkalan di New York dalam satu kenyataan.

“Penahanan wartawan Mohammad Zubair menandakan tahap kebebasan media di India rendah, di mana kerajaan telah mewujudkan persekitaran yang tidak selamat untuk wartawan melaporkan isu akan fahaman berbeza,” kata penyelaras program Asia CPJ Steven Butler.

Zubair juga sentiasa berdepan ancaman dikenakan ‘tindakan undang-undang’ berhubung kerjayanya, menurut organisasi media digital DIGIPUB News India Foundation.

Zubair telah dipanggil untuk soal siasat dalam sel khas polis Delhi berhubung kes 2020 di mana beliau telah mendapat perlindungan mahkamah daripada ditahan, kata pengasas bersama Alt News, Pratik Sinha.

Beliau kemudian ditahan membabitkan kes lain dan tiada notis diberikan, kata Sinha.

Baru-baru ini, Zubair mengetengahkan isu mengenai kenyataan kontroversi seorang ahli politik parti pemerintah India membabitkan Nabi Muhammad (SAW), sehingga membawa kepada tindak balas antarabangsa.

Penahanan Zubair juga mendapat kecaman daripada pemimpin pembangkang India.

Sumber : Sinar Harian

Author

Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending