Terkini
DAP Melaka mahu keluar kerajaan: ‘Alhamdulillah, doa rakyat dimakbulkan’ – Akmal
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut secara sinis laporan bahawa DAP Melaka mahu keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri dan melepaskan semua jawatan yang disandangnya.
- “Alhamdulillah, doa rakyat Melaka dimakbulkan. Nga Kor Ming bila lagi???” katanya.
- Reaksi Akmal itu susulan laporan bahawa DAP Melaka dijangka mengumumkan pengunduran daripada kerajaan negeri sebagai bantahan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri bagi memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan.
MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut secara sinis laporan bahawa DAP Melaka mahu keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri dan melepaskan semua jawatan yang disandangnya.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan rakyat Melaka.
“Alhamdulillah, doa rakyat Melaka dimakbulkan. Nga Kor Ming bila lagi???” katanya.
Reaksi Akmal itu susulan laporan bahawa DAP Melaka dijangka mengumumkan pengunduran daripada kerajaan negeri sebagai bantahan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri bagi memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan.
Menurut laporan berkenaan, parti itu dijangka melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran negeri, termasuk seorang Exco, dua Timbalan Exco dan seorang Timbalan Speaker DUN, selain jawatan ketua kampung serta ahli majlis pihak berkuasa tempatan.
Antara wakil DAP yang dilaporkan terlibat ialah Exco negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen serta Timbalan Speaker DUN Melaka, Kerk Chee Yee.
Allex sebelum ini dilaporkan berikrar untuk meletakkan jawatan sebagai Exco sekiranya pindaan berhubung ADUN Lantikan tetap diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga dalam persidangan DUN Melaka.-The Merdeka Times