Connect with us

Terkini

PRN Johor: Tolak calon sokong rumah anutan haram – Firdaus Wong

Published

on

Foto: Pendakwah, Firdaus Wong.
  • Pendakwah, Firdaus Wong berkata gesaan itu terpakai tanpa mengira parti yang diwakili seseorang calon.
  • “Jangan undi mana-mana calon PRN Johor yang menyokong pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram tanpa mengira apa parti sekalipun.
  • “Satu undi untuk mereka adalah satu undi untuk mereka teruskan pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Firdaus Wong menggesa pengundi supaya tidak memberikan undi kepada mana-mana calon yang didakwa menyokong pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata gesaan itu terpakai tanpa mengira parti yang diwakili seseorang calon.

“Jangan undi mana-mana calon PRN Johor yang menyokong pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram tanpa mengira apa parti sekalipun,” katanya.

Menurut Firdaus Wong, setiap undi yang diberikan kepada calon sedemikian disifatkan sebagai sokongan terhadap perbuatan yang didakwa melibatkan pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram.

“Satu undi kepada calon yang menyokong rumah anutan haram adalah satu undi untuk mereka teruskan perbuatan haram mereka.

“Satu undi untuk mereka adalah satu undi untuk mereka teruskan pencerobohan tanah dan pembinaan rumah anutan haram,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author