Connect with us

Terkini

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

Published

on

Foto: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri menegaskan PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan beliau sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.
  • Sehubungan itu, beliau menjelaskan, sebarang tafsiran mengenai status dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak.
  • “Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menegaskan bahawa gabungan politik itu bukan milik mutlak mana-mana parti tunggal, sebaliknya tertubuh atas dasar muafakat bersama parti-parti pengasas.

Ahmad Samsuri menegaskan bahawa PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan beliau sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, sebarang tafsiran mengenai status dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. 

“Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan. 

“Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip, dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad Samsuri menambah bahawa PN akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan perlembagaan. 

Baru-baru ini PAS secara rasmi memuktamadkan keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Keputusan itu menimbulkan persoalan tentang masa depan PN, yang dianggotai oleh PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), dalam mendepani pilihan raya akan datang. 

Keretakan hubungan PAS dan Bersatu didakwa antaranya disebabkan oleh keengganan parti diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima kemasukan parti-parti lain seperti Berjasa, Pejuang, IMAN dan Putra. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author