Connect with us

Terkini

Bangunan 40 tingkat di tapak warisan 300 tahun: ‘Jangan gadai status Geopark Langkawi’ – Prof. Dr. Ahmad Ismail

Published

on

Foto: Pakar alam sekitar, Prof. Dr. Ahmad Ismail.
  • Pakar alam sekitar, Prof. Dr. Ahmad Ismail menegaskan bahawa status yang disandang sejak 1 Jun 2007 itu bukan sekadar trofi kebanggaan tetapi satu tanggungjawab berat yang menuntut komitmen mutlak semua pihak untuk mematuhi garis panduan ketat badan antarabangsa tersebut.
  • Menurut beliau, sebarang pelan pembangunan mutakhir di pulau peranginan itu tidak boleh sesekali membelakangkan kriteria saintifik, ekologi, dan sosioekonomi yang telah ditetapkan oleh UNESCO.
  • “Tarikan utama yang membawa pelancong ke Langkawi ialah keunikan alam semula jadinya daripada formasi gunung batu kapur yang berusia jutaan tahun, sehinggalah kepada khazanah hutan hujan tropika dan warisan geologi yang luar biasa. Inilah identiti pelancongan hijau bertaraf dunia yang perlu kita pertahankan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa dan pemaju disaran tidak menggadaikan status Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)  Pulau Langkawi, sebaliknya wajib mempertahankan pengiktirafan itu daripada terjejas akibat arus pembangunan yang tidak terkawal.

Pakar alam sekitar, Prof. Dr. Ahmad Ismail menegaskan bahawa status yang disandang Langkawi sejak 1 Jun 2007 itu bukan sekadar trofi kebanggaan tetapi satu tanggungjawab berat yang menuntut komitmen mutlak semua pihak untuk mematuhi garis panduan ketat badan antarabangsa tersebut.

Menurut beliau, sebarang pelan pembangunan mutakhir di pulau peranginan itu tidak boleh sesekali membelakangkan kriteria saintifik, ekologi, dan sosioekonomi yang telah ditetapkan oleh UNESCO.

“Tarikan utama yang membawa pelancong ke Langkawi ialah keunikan alam semula jadinya daripada formasi gunung batu kapur yang berusia jutaan tahun, sehinggalah kepada khazanah hutan hujan tropika dan warisan geologi yang luar biasa. Inilah identiti pelancongan hijau bertaraf dunia yang perlu kita pertahankan,” katanya.

Beliau mengulas cadangan pembangunan terbaru yang dibantah penduduk di pesisir Pantai Cenang di Bukit Tanjung Mali, Langkawi yang membabitkan pengubahan zon tanah hutan kepada zon perniagaan dengan projek bangunan 40 tingkat serta pengubahan zon hutan, pertanian dan perairan di Pulau Rebak Kecil kepada zon perniagaan untuk pembangunan komersial.

Selain cadangan pembangunan baru itu, pemaju kini sudah menyiapkan bangunan komersial 39 tingkat yang merangkumi pangsapuri servis di kawasan berdekatan Bukit Mali, manakala sebuah lagi bangunan komersial 40 tingkat sedang dibina bersebelahannya.

Jurucakap Dodo Project Langkawi dilaporkan sebagai berkata, terdapat permohonan untuk meningkatkan kepadatan bangunan sehingga 40 tingkat dengan mengubah nisbah plot daripada 1:2 kepada 1:5, yang disifatkan sebagai tidak sesuai dengan acuan Langkawi yang berada di bawah paksi UNESCO Global Geopark. 

“Berdasarkan penyelidikan geologi dan dokumen saintifik terdahulu, Bukit Tanjung Mali merupakan tapak warisan penting yang menempatkan formasi dropstone purba berusia sekitar 300 juta tahun dan diiktiraf oleh pakar antarabangsa sebagai birthplace of Malaysia serta Asia Tenggara bagi tujuan penyelidikan kajian dan pemahaman mengenai sejarah pembentukan Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya

Baru-baru ini penduduk tempatan dan komuniti Langkawi berkumpul di Pantai Cenang dengan slogan ‘Ambil Peduli, Sayang Langkawi, baru-baru ini bagi membantah peningkatan pembangunan yang didakwa tidak bertanggungjawab yang sedang berlaku di Pulau Langkawi yang boleh memberikan impak kekal terhadap aspek warisan geologi, ekosistem marin serta sosio ekonomi penduduk di pulau peranginan berkenaan. 

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Dodo Project Langkawi bersama Pertubuhan Sepakat Langkawi menganjurkan perhimpunan bagi membantah pembangunan rakus di Tanjung Mali dan Pulau Rebak Kecil itu dengan sokongan penduduk Langkawi, termasuk kariah masjid, persatuan nelayan, persatuan silat dan rukun tetangga.

Desakan itu disuarakan penduduk tempatan dan komuniti Langkawi yang berkumpul di Pantai Cenang dengan slogan ‘Ambil Peduli, Sayang Langkawi, baru-baru ini bagi membantah peningkatan pembangunan yang didakwa tidak bertanggungjawab yang sedang berlaku di Pulau Langkawi yang boleh memberikan impak kekal terhadap aspek warisan geologi, ekosistem marin serta sosio ekonomi penduduk di pulau peranginan berkenaan. 

Berdasarkan laman web rasmi UNESCO, Geopark Global UNESCO (UGGp) adalah kawasan geografi tunggal dan bersepadu membabitkan tapak serta landskap yang mempunyai kepentingan geologi antarabangsa diuruskan dengan konsep perlindungan, pendidikan dan pembangunan mampan yang holistik. 

Pendekatan bawah-ke-atas (bottom-up approach) yang menggabungkan pemuliharaan dengan pembangunan mampan di samping melibatkan komuniti tempatan kini semakin popular. Pada masa ini, terdapat 229 Geopark Global UNESCO di 50 buah negara. 

Mengulas lanjut, Ahmad seterusnya memberi amaran keras bahawa sekiranya aspek kelestarian alam sekitar terus diabaikan demi mengejar pembangunan fizikal, Langkawi berhadapan risiko nyata kehilangan pengiktirafan global berkenaan.

Jelas beliau, penarikan balik status tersebut bukan sahaja akan mencalarkan imej Malaysia di pentas antarabangsa, malah bakal memusnahkan status Langkawi sebagai model rujukan dunia bagi keseimbangan antara kemajuan moden dan pemuliharaan alam.

Sehubungan itu, beliau mendesak pemantauan lebih ketat dilaksanakan bagi memastikan setiap projek yang dirancang bergerak seiring dengan agenda pemeliharaan warisan Geopark.

Langkawi diisytiharkan sebagai Global Geopark (Taman Geo Sedunia) pertama di Malaysia dan Asia Tenggara oleh UNESCO pada 1 Jun 2007 dan menjadi ahli ke-52 dalam Jaringan Antarabangsa Taman Geo (GGN).

Taman Geo Langkawi (Geopark) berkeluasan 478 kilometer persegi itu adalah satu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi bagi pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author