Connect with us

Terkini

PAS beri isyarat terus ‘kuasai’ PN

Published

on

Foto: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa.
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘musyawarah’ parti itu bersama Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sudah diatur dan disegerakan.
  • “Keputusan PAS memberhentikan kerjasama politik dengan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kebaikan bersama setelah pelbagai usaha dibuat tetapi keadaan tidak berubah.
  • “Kedudukan PN akan dibincang bersama komponen PN khususnya PAS. Gerakan dan MIPP. Perbincangan akan dilakukan minggu ini juga,” katanya

KUALA LUMPUR – PAS memberi isyarat akan terus menguasai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama parti komponen lain, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, ‘musyawarah’ parti itu bersama Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sudah diatur dan disegerakan.

“Keputusan PAS memberhentikan kerjasama politik dengan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kebaikan bersama setelah pelbagai usaha dibuat tetapi keadaan tidak berubah.

“Walau bagaimana pun keputusan setakat ini hanya melibatkan taawun (kerjasama) antara dua parti dan sama sekali tidak melibatkan PN.

“Kedudukan PN akan dibincang bersama komponen PN khususnya PAS. Gerakan dan MIPP. Perbincangan akan dilakukan minggu ini juga,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

PN kini diterajui oleh Pengerusi, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala jawatan Setiausaha Agung digalas oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kedua-dua mereka ialah dari PAS.

Jelas Annuar. PAS komited kepada politik kerjasama pelbagai kaum serta politik matang dan sejahtera.

Tambahnya, PAS menghargai sikap positif Gerakan dan MIPP dalam konteks PN, dengan kedua-dua parti memiliki peranan besar yang boleh dimainkan dalam negara.

“PAS akan pastikan tindakan seterusnya dalam PN wajib berdasarkan Perlembagaan PN dan bukan atas sikap ‘superiority’ individu atau mana mana satu parti. Musyawarah Pas-Gerakan-MIPP sudah diatur dan disegerakan. Insya-Allah,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author