Connect with us

Terkini

Khalid Samad pandai ‘spin’, Sg Baru tiada kaitan dengan tanah Kg Baru – Johari

Polemik pengambilan tanah di Kampung Baru tidak berkesudahan apabila ahli politik kelihatan tuduh-menuduh antara satu sama lain dalam isu itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Khalid Samad pandai ‘spin’, Sg Baru tiada kaitan dengan tanah Kg Baru - Johari
Foto: Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai ahli politik yang “putar cerita”.
  • Katanya, semasa Khalid menjadi Menteri Wilayah, isu pengambilan tanah penduduk Kampung Baru tidak diselesaikan walaupun diberikan mandat 22 bulan memerintah.
  • “Jadi dia (Khalid Samad) ambil tanah kampung baru 20 ke 30 ekar ini dan pusing-pusing selepas itu dikaitkan dengan Sungai Baru,” katanya.
  • Jelas Johari, tiada perkaitan antara isu pengambilan tanah di Kampung Baru dan pangsapuri di Sungai Baru.
  • “Khalid Samad mengelirukan orang mengenai dua tanah ini satu tanah Kampung Baru, satu flat Sungai Baru,” katanya.

KUALA LUMPUR – Polemik pengambilan tanah di Kampung Baru tidak berkesudahan apabila ahli politik kelihatan tuduh-menuduh antara satu sama lain dalam isu itu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa bekas Menteri Wilayah Persekutuan di zaman Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad “putar cerita” dalam isu pembangunan di kawasan itu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata tiada satu pun wakil rakyat yang menyelesaikan isu tanah penduduk Kampung Baru selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14).

“Lepas saya kalah, ada pula wakil rakyat (Rina Harun) dan Menteri Wilayah (Khalid Samad) pun tidak ambil tahu. Kemudian datang balik cerita bahawa saya tidak bersuara. 

“Saya bukan macam dia mahu bersuara tidak tentu fasal sebab saya bersuara menggunakan fakta.

“Jadi dia (Khalid Samad) ambil tanah kampung baru 20 ke 30 ekar ini dan pusing-pusing selepas itu dikaitkan dengan Sungai Baru,” katanya dalam klip video di Facebook.

Johari berkata tiada perkaitan antara isu pengambilan tanah di Kampung Baru dan pangsapuri di Sungai Baru.

“Akta Pengambilan ini bukan saya, bukan BN tetapi adalah kerajaan yang memerintah setelah parti kami kalah.

“BN tidak pernah ambil tanah Kampung Baru menggunakan Akta Pengambilan, jadi Khalid Samad mengelirukan orang mengenai dua tanah ini satu tanah Kampung Baru, satu flat Sungai Baru.

“Tapi dia spin menjadikan seolah-olah Kampung Baru ini diambil alih oleh BN. Ini cerita penipu,” katanya.

Terbaru, penduduk Kampung Sungai Baru diberikan notis pengusiran 30 hari oleh pemaju Ritzy Gloss Sdn Bhd untuk projek pembangunan di situ.

Sumber: Facebook

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *