Connect with us

Terkini

Isu Kampung Baru Cina : Sabar Melayu ada hadnya – Wartawan ZRA

Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berpada-pada dalam keghairahan beliau ingin melebarkan ‘Cina Malaysia’ menerusi tapak warisan kerana orang Melayu ada psike (jiwa).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kiri) dan Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (kanan).
  • Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berpada-pada dalam keghairahan beliau ingin melebarkan ‘Cina Malaysia’ menerusi tapak warisan kerana orang Melayu ada psike (jiwa).
  • Psyche dia apabila kami menjamu anda makan di ruang tamu jangan kamu ambil makanan dalam periuk nasi kami di dapur kalau kami (Melayu) buat pun kami dianggap kurang ajar, kalau tamu buat apatah lagi?
  • “Jadi telah banyak toleransi kita telah beri dalam hal-hal pengiktirafan UNESCO ini, sama ada satu kita telah benarkan sampai sekarang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,” katanya menerusi klip video di Facebook bertajuk, ‘Isu Kampung Baru Cina, Sabar Melayu ada hadnya’ pada Sabtu.
  • Zainal mengulas berhubung isu Kor Ming dilaporkan mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.
  • Beliau berkata sepatutnya monumen warisan negara yang mempunyai simbol perjuangan orang Melayu diangkat dalam hal ini.

KUALA LUMPUR — Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berpada-pada dalam keghairahan beliau ingin melebarkan ‘Cina Malaysia’ menerusi tapak warisan kerana orang Melayu ada psike (jiwa).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Psyche dia apabila kami menjamu anda makan di ruang tamu jangan kamu ambil makanan dalam periuk nasi kami di dapur kalau kami (Melayu) buat pun kami dianggap kurang ajar, kalau tamu buat apatah lagi?

“Jadi telah banyak toleransi kita telah beri dalam hal-hal pengiktirafan UNESCO ini, sama ada satu kita telah benarkan sampai sekarang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,” katanya menerusi klip video di Facebook bertajuk, ‘Isu Kampung Baru Cina, Sabar Melayu ada hadnya’ pada Sabtu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim mengulas berhubung isu Kor Ming dilaporkan mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.

Kor Ming berkata sudah 76 tahun sejak perkampungan baharu di Selangor diasaskan pada 1948. 

Mengulas lanjut, Zainal berkata mustahil orang Melayu akan menerima cadangan itu, kerana kita tidak menjadikan tapak warisan sejarah untuk mengatakan ini adalah negara pasca kolonial.

Beliau berkata sepatutnya monumen warisan negara yang mempunyai simbol perjuangan orang Melayu diangkat dalam hal ini.

“Tiap-tiap kali anda cuba uji, tiap-tiap kali anda cuba uji untuk melihat tahap kesabaran orang Melayu… bagi orang Melayu yang masih lagi mendukung (pertahankan hak mereka) kerana Perlembagaan membenarkan kewujudan kawasan Melayu sebagai bumiputera, masyarakat peribumi Sabah, Sarawak sebagai bumiputera,” katanya.

Zainal berkata adakah di atas negara diperjuangkan bangsa Melayu ini, Kor Ming mahu menubuhkan satu ‘unsur’ iaitu penempatan Cina yang belum mencapai usia 100 tahun namun ingin digazetkan sebagai tapak warisan dunia.

“Ketika kami (orang Melayu) memerangi apa yang jadi sejarah buruk dunia yang kolonialisme kami tak menuntut pun tapak-tapak berorientasikan anti kolonialisme sebagai tapak warisan sejarah, tapak warisan sejarah ini tiada kita ‘kreditkan’ spesial kepada orang Melayu semasa mereka berjuang ketika orang Cina pun belum tahu Tanah Melayu ini dekat mana dari abad ke 16, 17, 18 orang Melayu berjuang. Orang Melayu pun tak tuntut.

“Sekarang anda bukan buat orang Melayu rasa insecure, orang Melayu merasa seolah-olah anda sedang mempromosikan apa? Bererti saya tanya YB Nga nak apa? Anda nak mengangkat satu pengiktirafan pada keberadaan Cina di Malaysia atau anda sedang memancing kemarahan orang Melayu?,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Kor Ming untuk berhati-hati dalam perkara ini dan orang politik tidak perlu menjadi genius bagi memahami tentang psike dan kesan ke atas rasisme.

Katanya, dalam situasi sebegini individu ‘memancing’ dituduh sebagai orang yang membukakan idea, sementara individu yang ‘terpancing’ akan ditahan dan ditangkap sebagai rasis di mana itu merupakan satu masalah. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending