Connect with us

Terkini

Rejim Israel tuduh 10 tokoh dunia ‘Antisemitik’, Greta & Bilzerian tersenarai

Published

on

Foto: Rejim Israel tuduh 10 tokoh dunia ‘Antisemitik’, Greta & Bilzerian tersenarai.
  • Rejim Israel menerbitkan senarai rasmi 10 tokoh paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2025 yang didakwa mereka sebagai ‘antisimetik’, dengan kedudukan pertama diberikan kepada pempengaruh media sosial, Dan Bilzerian, yang kini bertanding untuk Kongres Amerika Syarikat (AS) di Florida.
  • Aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg, dinamakan sebagai individu kedua paling berpengaruh dalam senarai tersebut. Tempat ketiga diberi kepada pelawak Mesir dan bekas pengacara televisyen, Bassem Youssef, diikuti oleh pengulas politik sayap kanan Amerika, Candace Owens di tempat keempat manakala wartawan serta editor Palestin-British, Abdel Bari Atwan di tempat kelima.

Rejim Israel menerbitkan satu senarai rasmi 10 tokoh paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2025 yang didakwa mereka sebagai ‘antisimetik’, dengan kedudukan pertama diberikan kepada pempengaruh media sosial, Dan Bilzerian, yang kini bertanding untuk Kongres Amerika Syarikat (AS) di Florida. 

Aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg, dinamakan sebagai individu kedua paling berpengaruh dalam senarai tersebut, susulan penggunaan istilah seperti “genosid”, “kepungan”, dan ‘kebuluran besar-besaran’ oleh Thunberg merujuk kepada tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza. 

Tempat ketiga diberi kepada pelawak Mesir dan bekas pengacara televisyen, Bassem Youssef, diikuti oleh pengulas politik sayap kanan Amerika, Candace Owens di tempat keempat manakala wartawan serta editor Palestin-British, Abdel Bari Atwan di tempat kelima. 

Senarai tersebut turut merangkumi imam dari Amerika, Omar Suleiman; doktor yang berpangkalan di Denmark, Anastasia Maria Loupis, pengulas sayap kanan dan nasionalis kulit putih, Nick Fuentes serta pencipta kandungan, Ian Carroll. 

Melengkapkan senarai 10 teratas ialah hos audio siar (podcaster) sayap kanan dan bekas hos Fox News, Tucker Carlson, lapor sebuah portal

Israel menyatakan bahawa 10 pempengaruh paling menonjol dalam ‘arena antisemitik dan anti-Zionis global pada 2025’ ini dipilih berdasarkan ‘tahap serius tindakan atau kenyataan mereka, serta skop pengaruh’ berkaitan aktiviti mereka sepanjang tahun lalu.  

“Setiap daripada mereka telah menzahirkan pandangan antisemitik atau mempromosikan maklumat palsu berkaitan orang Yahudi, Israel, atau kedua-duanya sekali,” dakwa kementerian itu.  

Senarai tersebut tidak melibatkan individu yang memegang jawatan rasmi dalam politik atau kerajaan. 

Setiap individu dinilai berdasarkan pengaruh mereka di media sosial serta faktor lain seperti kekerapan muncul di saluran berita, ‘persepsi pengaruh terhadap pandangan awam, dan kedudukan menonjol dalam komuniti tertentu.’  

Kementerian turut mempertimbangkan ‘tahap impak dan risiko,’ termasuk kekerapan mereka memuat naik hantaran yang didakwa bersifat antisemitik dan anti-Israel.  

Laporan itu dikeluarkan menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, yang dikenali dalam bahasa Ibrani sebagai Yom HaShoah

Dalam bahagian berasingan laporan itu yang dikhaskan untuk pempengaruh di AS, Kementerian Diaspora Israel turut menamakan YouTuber dan pendidik kanak-kanak, Ms. Rachel, yang didakwa ‘semakin kerap menggunakan akaun media sosialnya untuk menyebarkan mesej pro-Palestin dan mengkritik Israel.’

“Hantaran beliau ditafsirkan oleh organisasi pro-Israel sebagai ‘berat sebelah’ dan ‘bermusuhan terhadap Israel’. Organisasi seperti StopAntisemitism menuduh beliau menyebarkan propaganda anti-Israel atau pro-Hamas serta menggesa agar aktiviti beliau dipantau,” dakwa kementerian tersebut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author