Connect with us

Terkini

Afghanistan hentikan semua operasi riba bank komersial

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Penyeliaan Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan di Bank Pusat Afghanistan, Latifullah Khairkhwah berkata semua aktiviti berasaskan faedah atau riba di bank komersial di Afghanistan telah dihentikan.
  • Beliau menegaskan semua bank komersial diwajibkan mematuhi arahan itu dan menghentikan sepenuhnya penggunaan mekanisme berasaskan faedah dalam perkhidmatan perbankan mereka.
  • Menurut beliau, keputusan tersebut sebahagian reformasi perbankan bagi menyusun semula sistem kewangan dan menyelaraskannya dengan dasar ekonomi baharu tanpa riba negara itu.

KABUL – Dalam satu langkah yang dijangka menjadi antara transformasi ekonomi paling berani dalam era moden, Afghanistan telah mengumumkan penghentian sepenuhnya sistem riba alam semua bank komersial.

Langkah berkenaan bagi membuka lembaran baharu dalam usaha membina semula sistem kewangan berasaskan prinsip Islam sepenuhnya.

Seorang pegawai dari bank pusat Afghanistan mengumumkan penggantungan sepenuhnya operasi berasaskan faedah atau riba di semua bank komersial di negara itu. 

Ketua Penyeliaan Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan di Bank Pusat Afghanistan, Latifullah Khairkhwah berkata semua aktiviti berasaskan faedah di bank komersial telah dihentikan.

Menurut beliau, keputusan itu sebahagian daripada reformasi perbankan yang lebih luas, yang bertujuan menyusun semula sistem kewangan dan menyelaraskannya dengan dasar ekonomi baharu negara tersebut.

Latifullah menegaskan semua bank komersial diwajibkan mematuhi arahan ini dan menghentikan sepenuhnya penggunaan mekanisme berasaskan faedah atau riba dalam perkhidmatan perbankan mereka.

Menurut pengumuman itu, perubahan ini dijangka akan memberi kesan kepada penyampaian perkhidmatan kewangan, kontrak perbankan, dan kaedah pembiayaan dalam rangkaian perbankan Afghanistan.

Bank Pusat sebelum ini telah menekankan keperluan untuk menyelaraskan sistem kewangan negara dengan hala tuju dasar baharu sebagai sebahagian daripada reformasi struktur kewangan tanpa riba. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author