Connect with us

Terkini

Ribuan bantah masjid pertama di Fujisawa, Jepun – Dakwa ‘ancam warisan’

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Para penunjuk perasaan dilihat melaungkan slogan membantah projek tersebut, mengangkat plakad serta menyuarakan kebimbangan bahawa struktur yang dicadangkan itu, yang dilaporkan jauh lebih besar daripada kuil-kuil Shinto bersejarah di sekitarnya merupakan satu ‘tindakan provokasi’ terhadap warisan Jepun.”
  • Perkembangan ini bukanlah satu kejadian terpencil, malah, di seluruh Jepun, pertumbuhan pesat populasi Muslim didakwa telah menguji ‘had kebersamaan tradisional’ (traditional coexistence).

FUJISAWA – Bandar pesisir pantai Fujisawa kini menjadi perhatian di Jepun apabila ribuan penduduk tempatan dilaporkan turun ke jalanan bagi membantah keras projek pembinaan masjid pertama di bandar tersebut.

Menerusi video yang dikongsi oleh @MeghUpdates, para penunjuk perasaan dilihat melaungkan slogan membantah projek tersebut, mengangkat plakad serta menyuarakan kebimbangan bahawa struktur yang dicadangkan itu, dilaporkan jauh lebih besar daripada kuil-kuil Shinto bersejarah di sekitarnya merupakan satu ‘tindakan provokasi’ terhadap warisan Jepun.’

Perkembangan ini dilaporkan bukanlah satu kejadian terpencil, malah, di seluruh Jepun, pertumbuhan pesat populasi Muslim didakwa telah menguji ‘had kebersamaan tradisional’ (traditional coexistence), lapor News18, yang berpangkalan di India.

Di Fujisawa, taklimat awam baru-baru ini dilaporkan berakhir dengan kekecohan, sehingga memerlukan campur tangan polis apabila penduduk menyuarakan kebimbangan terhadap ‘gangguan’ bunyi azan serta adat pengebumian yang asing bagi mereka.

Wakil daripada ‘Masjid Fujisawa’ telah cuba meredakan keadaan dengan menyatakan, “Kami sayangi Jepun. Kami akan mematuhi peraturan,” namun bagi kebanyakan penduduk tempatan, ketakutan terhadap ‘pengambilalihan demografi secara perlahan’ dikatakan tetap dirasai.”   — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author