Connect with us

Terkini

Tahan sijil kerana yuran PIBG: Asyraf Wajdi gesa ihsan

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
  • Pengerusi MARA itu menegaskan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku dalam institusi pendidikan.
  • “Tidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan hanya kerana tunggakan yuran PIBG,” tegas beliau.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan ketidaksetujuan beliau terhadap tindakan segelintir pihak sekolah yang didakwa menahan pemberian wang bantuan dan sijil kecemerlangan pelajar susulan tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menerusi satu hantaran di laman media sosial beliau, Dr. Asyraf menegaskan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku dalam institusi pendidikan.

“Tidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan hanya kerana tunggakan yuran PIBG,” tegas beliau.

Beliau turut menekankan bahawa pengurusan sekolah dan PIBG perlu mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu situasi dengan lebih mendalam, terutamanya yang melibatkan kebajikan pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, amalan nilai murni dan pertimbangan yang logik adalah kunci kepada keharmonian sesebuah komuniti sekolah.

“Hidup ini kena ada nilai ihsan dan kemunasabahan pertimbangan akal (common sense). Barulah semua hidup dalam berkat dan sejahtera,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pelajar, Muhammad Hazriq Danish yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun hanya menerima sampul kosong ketika naik ke pentas penganugerahan.

Dipercayai, sijil SPM serta wang ganjaran sebanyak RM250 ditahan sementara waktu oleh pihak sekolah susulan tunggakan yuran PIBG.

Jumlah tunggakan tersebut dilaporkan mencecah hampir RM500, dianggarkan sekitar RM150 bagi setiap tahun. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author