Connect with us

Terkini

(VIDEO) Didakwa tepuk punggung pramugari, pelancong China diheret keluar dari pesawat MAS

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang pelancong lelaki menepuk punggung seorang pramugari ketika berada di dalam pesawat.
  • Lebih mengejutkan, individu itu dikatakan cuba mempertahankan tindakannya dengan alasan ‘hubungan baik antara China dan Malaysia’.
  • Menerusi video tular di media sosial, beberapa kru kabin dilihat membantu menenangkan keadaan serta mengiringi lelaki terbabit keluar.

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak senonoh seorang pelancong dari China terhadap kru kabin membawa padah apabila dia diarahkan turun dari sebuah pesawat Malaysia Airlines sebelum penerbangan berlepas.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan menepuk punggung seorang pramugari ketika berada di dalam pesawat.

Lebih mengejutkan, individu itu dikatakan cuba mempertahankan tindakannya dengan alasan ‘hubungan baik antara China dan Malaysia’.

Situasi itu mencetuskan kekecohan seketika sebelum beberapa kakitangan penerbangan tampil campur tangan bagi mengawal keadaan.

Menerusi video tular di media sosial, beberapa kru kabin dilihat membantu menenangkan keadaan serta mengiringi lelaki terbabit keluar.

Rakaman itu turut menunjukkan suasana berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini, manakala penumpang lain kekal tenang sepanjang kejadian.Individu berkenaan akhirnya berjaya ditenangkan sebelum dibawa keluar dari pesawat oleh kakitangan bertugas. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author