Connect with us

Terkini

Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas – MOF

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • MOF menjelaskan harga minyak di pam tidak turun serta-merta kerana ia ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas serta kos bekalan terdahulu yang dibeli pada harga lebih tinggi (termasuk kos logistik dan insurans), bukannya mengikut harga pasaran harian.
  • Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar US$150 setong (petrol) dan US$250 setong (diesel),” kata MOF.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.

Menurut infografik yang dimuatnaik di akaun X MOF, kementerian itu berkata, bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam.

“Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.

“Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar US$150 setong (petrol) dan US$250 setong (diesel),” kata MOF menerusi hantaran itu.

Terdahulu, MOF dalam satu kenyataan, memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.

“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author