Connect with us

Terkini

‘Tindakan reman aktivis 3 hari tidak masuk akal’ – Sekretariat Tangkap Azam Baki

Published

on

Foto: Jurucakap Sekretariat Tangkap Azam Baki, Alyaah Hani.
  • Jurucakap Sekretariat Tangkap Azam Baki, Alyaah Hani mendakwa penahanan itu dilihat sebagai cubaan pihak berkuasa mendiamkan aktivis antirasuah.
  • “Kami melihat penahanan ini taktik intimidasi kerajaan Madani dan penahanan reman tiga hari ini adalah tidak masuk akal,” katanya.
  • Majistret pagi tadi membenarkan perintah tahanan reman tiga hari terhadap Presiden Liga Demokratik, Hamidin Nordin, aktivis Liga Mahasiswa, Ahsanul Akmal Sulam, serta penyelaras Mandiri, Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal.

KUALA LUMPUR – Sekretariat Tangkap Azam Baki menyifatkan penahanan reman tiga aktivis belia semalam kerana didakwa mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai tidak  masuk akal.

Jurucakapnya, Alyaah Hani berkata, penahanan itu dilihat sebagai cubaan pihak berkuasa mendiamkan aktivis antirasuah.

“Kami melihat penahanan ini taktik intimidasi kerajaan Madani dan penahanan reman tiga hari ini adalah tidak masuk akal,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini yang dipetik Malaysia Kini.

Media hari ini melaporkan, tiga aktivis belia terbabit telah dikenakan perintah tahanan reman selama tiga hari.

Majistret pagi tadi dilaporkan membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap Presiden Liga Demokratik, Hamidin Nordin, aktivis Liga Mahasiswa, Ahsanul Akmal Sulam, serta penyelaras Mandiri, Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 447 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, The Merdeka Times melaporkan kekecohan pada Wacana Ilmiah Perdana di sini apabila sekumpulan individu bertindak melakukan protes secara tiba-tiba.

Tindakan itu dilakukan ketika Azam menyampaikan ucaptama pada program tersebut.

Dalam video yang tular di media sosial itu, kelihatan dua lelaki mengangkat kertas plakad tertera tulisan ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’ ketika ucaptama tersebut berlangsung.

Dilaporkan, aktivis-aktivis berkenaan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sejak kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Pada 10 Februari lalu, Bloomberg melaporkan Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd, berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu, yang didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024.Azam bagaimanapun menegaskan transaksi tersebut telah diisytiharkan dan saham berkenaan telah dilupuskan tahun lalu. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author