Connect with us

Terkini

Kes Fitnah: Atomy tewas, Aset disita untuk tuntutan kos RM70,000 Firdaus Wong

Published

on

Foto: Pejabat urusan Atomy Malaysia Sdn Bhd, di sini telah menghadapi tindakan penyitaan dan jualan yang berkaitan dengan pembayaran  kos tuntutan mahkamah berjumlah RM70,000 kepada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pejabat urusan Atomy Malaysia Sdn Bhd, di sini telah menghadapi tindakan penyitaan dan jualan yang berkaitan dengan pembayaran  kos tuntutan mahkamah berjumlah RM70,000 kepada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • “Alhamdulillah pihak Atomy Malaysia Sdn. Bhd. memberikan kerjasama yang baik semua dan sudah (urusan) selesai.
  • “Ini adalah untuk melaksanakan writ penyitaan dan penjualan, tapi penjualan tu kita buat lain. Kita baru sita dahulu. Kita buat inventori apa-apa barang yang kita ingin jual kelak,” -Peguam, Syahidah Hanum Mohd. Ghazali.

KUALA LUMPUR – Pejabat urusan Atomy Malaysia Sdn Bhd, di sini telah menghadapi tindakan penyitaan dan jualan yang berkaitan dengan pembayaran  kos tuntutan mahkamah berjumlah RM70,000 kepada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung. 

Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan selepas arahan pembayaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini gagal dipatuhi oleh syarikat berkenaan.

Peguam Firdaus, Syahidah Hanum binti Mohd. Ghazali berkata, pihak Atomy Malaysia Sdn Bhd telah memberi kerjasama yang baik dalam memudah cara proses tersebut.

“Hari ini telah ditetapkan untuk writ penyitaan dan penjualan ke atas Atomy Malaysia Sdn Bhd daripada Firdaus Wong Wai Hung yang mana pihak syarikat masih gagal untuk menjelaskan pembayaran sebanyak RM70,000 kos yang telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini. 

“Alhamdulillah pihak Atomy Malaysia Sdn. Bhd. memberikan kerjasama yang baik semua dan sudah (urusan) selesai.

“Ini adalah untuk melaksanakan writ penyitaan dan penjualan, tapi penjualan tu kita buat lain. Kita baru sita dahulu. Kita buat inventori apa-apa barang yang kita ingin jual kelak,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, media melaporkan, Atomy Malaysia Sdn Bhd gagal dalam saman fitnah terhadap penceramah bebas, Firdaus Wong di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, berkaitan dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dalam kegiatan kristianisasi pada 2020 dan 2021. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author