Terkini
Demi kejar Gred Purata Sekolah, Subjek Sains jadi korban?
- “Saya benar-benar terkejut. Apakah ini sedang berlaku di sekolah-sekolah kita? Kerana mengejar Gred Purata Sekolah? Kerana bersaing sekolah mana paling hebat GPS? Guru-guru tentu lebih tahu hal yang sebenarnya dan wajib betulkan keadaan ini demi kebaikan bangsa dan negara. Saya sekadar bertanya, benarkah ini berlaku? Saya harap ini tidak benar.
- “Tetapi jika benarlah situasi ini berlaku, ia adalah sesuatu yang sangat menyedihkan di saat pemimpin negara kita sedang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Malaysia negara maju berteknologi tinggi,” katanya di laman Facebook baru-baru ini.
- Beliau memberikan respons tersebut selepas seorang pengguna media sosial mendakwa terdapat strategi pihak pentadbir sekolah yang tidak menggalakkan murid mengambil subjek sukar bagi mengelakkan risiko kejatuhan gred purata.
KUALA LUMPUR 6 April — Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad menzahirkan kebimbangan berhubung dakwaan wujudnya trend sekolah mengehadkan penyertaan murid dalam subjek mencabar, khususnya aliran sains tulen, semata-mata demi mengejar Gred Purata Sekolah (GPS) yang lebih cemerlang.
Beliau menyifatkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang mengejutkan dan berharap dakwaan seumpama itu adalah tidak benar.
Dr. Anuar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu tamparan hebat kepada usaha kerajaan yang sedang bersungguh-sungguh memacu Malaysia ke arah negara maju berteknologi tinggi.
“Saya benar-benar terkejut. Apakah ini sedang berlaku di sekolah-sekolah kita? Kerana mengejar Gred Purata Sekolah? Kerana bersaing sekolah mana paling hebat GPS? Guru-guru tentu lebih tahu hal yang sebenarnya dan wajib betulkan keadaan ini demi kebaikan bangsa dan negara.
“Saya sekadar bertanya, benarkah ini berlaku? Saya harap ini tidak benar.
“Tetapi jika benarlah situasi ini berlaku, ia adalah sesuatu yang sangat menyedihkan di saat pemimpin negara kita sedang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Malaysia negara maju berteknologi tinggi,” katanya di laman Facebook baru-baru ini.

Beliau memberikan respons tersebut selepas seorang pengguna media social mendakwa terdapat strategi pihak pentadbir sekolah yang tidak menggalakkan murid mengambil subjek sukar bagi mengelakkan risiko kejatuhan gred purata.

Menurut dakwaan tersebut, fokus yang terlalu berorientasikan “formula Excel” dan statistik akademik telah menyebabkan jumlah murid aliran sains semakin menyusut di peringkat sekolah. – The Merdeka Times