Connect with us

Terkini

Di sebalik status pengeluar, Malaysia bergantung import minyak lebih 50 peratus

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi, Petronas menjelaskan bahawa lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan tempatan perlu diimport kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara.
  • “Walaupun Malaysia sebuah negara pengeluar minyak, kita tidak terlepas sepenuhnya daripada kesan krisis ini. Lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan kita perlu diimport  kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara.
  • “Hampir 40 peratus daripada import tersebut datang melalui Selat Hormuz, laluan yang kini terjejas,” menurut Petronas.

KUALA LUMPUR – PETRONAS Malaysia memaklumkan bahawa negara ini masih terdedah kepada gangguan bekalan tenaga global meskipun berstatus sebagai pengeluar minyak, susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan laluan strategik Selat Hormuz.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi, Petronas menjelaskan bahawa lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan tempatan perlu diimport kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara.

“Walaupun Malaysia sebuah negara pengeluar minyak, kita tidak terlepas sepenuhnya daripada kesan krisis ini. Lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan kita perlu diimport  kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara.

“Hampir 40 peratus daripada import tersebut datang melalui Selat Hormuz, laluan yang kini terjejas,” menurut Petronas.

PETRONAS menegaskan bahawa situasi tersebut memberi kesan kepada rantaian bekalan minyak global, termasuk pengangkutan dan penghantaran bahan api ke pasaran antarabangsa.

Akibat gangguan itu, bekalan minyak mentah dan produk petroleum tidak dapat dihantar seperti biasa, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Sejak krisis bermula, harga minyak mentah dilaporkan meningkat hampir 40 peratus, manakala kos perkapalan, insurans dan logistik penghantaran turut mencatatkan kenaikan ketara.

Bagaimanapun, PETRONAS memberi jaminan bahawa langkah proaktif telah diambil bagi memastikan kestabilan bekalan bahan api domestik.

Menurut kenyataan itu, rantaian bekalan di stesen PETRONAS dijangka mencukupi sehingga hujung Mei 2026, sekali gus memastikan keperluan pengguna di Malaysia terus dipenuhi dalam tempoh terdekat.

Tambahnya, harga bahan api di negara ini kekal di bawah kawal selia kerajaan, dengan subsidi RON95 dan diesel masih berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai disaran menggunakan bahan api secara berhemah dan mengelakkan pembelian panik, memandangkan ketidaktentuan geopolitik global masih berpotensi memberi kesan kepada bekalan tenaga negara pada masa hadapan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author