Connect with us

Terkini

Kes kuil haram: Mahkamah Tinggi Shah Alam putuskan memihak Yayasan Kubra

Published

on

Foto: FB Aidil Khalid.
  • “Alhamdulillah, tengah hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah sekali lagi memberikan keputusan memihak kepada Yayasan Kubra, tuan milik tanah yang diceroboh kuil haram. – Peguam, Aidil Khalid
  • “Keputusan Majistret Chai Guan Hock sebelum ini yang kononnya mengarah kerja meroboh kuil di tanah Yayasan Kubra dihenti sementara, telah diakas dan dibatalkan sekali lagi, oleh Mahkamah Tinggi, Yang Arif Suriyati Hashimah.”
  • “Maka dengan ini, kemenangan adalah kepada tuan tanah,” katanya, sambil menambah bahawa “penceroboh dan kuil haram tiada tempat di dalam masyarakat bertamadun.”

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan memihak kepada Yayasan Kubra dalam satu kes melibatkan sebuah kuil yang didakwa dibina secara tidak sah di atas tanah milik yayasan itu.

Peguam, Aidil Khalid berkata keputusan tersebut sekali lagi membatalkan perintah terdahulu oleh Mahkamah Majistret yang mengarahkan kerja perobohan dihentikan sementara.

“Alhamdulillah, tengah hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah sekali lagi memberikan keputusan memihak kepada Yayasan Kubra, tuan milik tanah yang diceroboh kuil haram,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini yang dikendalikan Majistret Chai Guan Hock telah diketepikan Mahkamah Tinggi melalui keputusan  Hakim Suriyati Hashimah.

“Keputusan Majistret Chai Guan Hock sebelum ini yang kononnya mengarah kerja meroboh kuil di tanah Yayasan Kubra dihenti sementara, telah diakas dan dibatalkan sekali lagi, oleh Mahkamah Tinggi, Yang Arif Suriyati Hashimah.

Aidil turut mendakwa ini merupakan kali kedua keputusan majistret berkenaan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, termasuk dalam kes lain sebelum ini.

“Masuk kali ni, dah dua kali dah, keputusan Majistret Chai Guan Hock dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, kerana keputusannya yang salah dan tak betul di sisi undang-undang. 

“Pertama, kalau masih ingat, saya pernah tulis dulu, berkenaan keputusan Majistret Chai Guan Hock yang membenarkan Tamim Dahri dan 3 sahabatnya direman, tapi kemudian dibatalkan Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Puan Roszianayati binti Ahmad,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keputusan terbaharu itu mengesahkan kedudukan pemilikan tanah oleh Yayasan Kubra.

“Maka dengan ini, kemenangan adalah kepada tuan tanah,” katanya, sambil menambah bahawa “penceroboh dan kuil haram tiada tempat di dalam masyarakat bertamadun.”

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam yang terlibat dalam kes tersebut.“Tahniah kepada barisan peguam Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GERAM) diketuai Tuan Hariz Yusoff, Cik Puan Shafiqah Shafiyah, Tuan Izaan Azalan dan lain-lain atas usaha tiada berbelah bahagi ini,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author